Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM M³

Masagos: M³ perlu perkukuh tiga kerjasama untuk terus maju

Kerjasama antara agensi M³ dengan M³@Bandar, antara M³ dengan masyarakat, dan antara M³ dengan agensi pemerintah
Feb 11, 2020 | 05:30 AM



M Kuasa Tiga (M³) perlu terus memperkukuh kerjasamanya dalam tiga bidang utama untuk terus maju - antara agensi M³ dengan M³@Bandar, antara M³ dengan masyarakat, dan antara M³ dengan agensi pemerintah.



Ini ditekankan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa forum M³ yang diadakan buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Suntec City, Sabtu lalu.



Dihadiri sekitar 400 orang, forum itu bertujuan bagi relawan, pemimpin akar umbi dan karyawan bersatu berkongsi amalan terbaik dalam pelbagai bidang, termasuk usaha memperkukuh keluarga, mendekati keluarga berisiko dan memperkasa belia.



"Sepanjang dua tahun ini, lebih 1,400 sukarelawan tampil bergabung dengan M³ di lapan kawasan bandar. Saya gembira mereka mempunyai insiatif-inisiatif sendiri, melihat apakah masalah atau pun khidmat yang mereka harus berikan kepada masyarakat tempatan," kata Encik Masagos semasa berucap.



Beliau juga berkata ada tiga sebab M³ dapat mencapai kedudukan sekarangnya.



Pertama, komitmen dan kerjasama antara agensi M³ dan M³@Bandar.



Kedua, keinginan kebanyakan anggota dan pemimpin masyarakat, karyawan, belia, dan guru agama tampil bekerjasama dengan M³@Bandar dan agensi M³.



"Mereka bersatu, mengetepikan perbezaan, dan ke depan bekerjasama dengan agensi M³... membawa kemahiran mereka... tidak kira usia dan latar belakang mereka. Saya gembira dapat melihat kepelbagaian yang diwakili."



Ketiga, kerjasama rapat antara pertubuhan masyarakat M³ dan agensi pemerintah. Ini membolehkan sokongan bagi inisiatif daripada masyarakat dalam menangani isu tahap nasional seperti kesihatan, pekerjaan dan pendidikan yang dihadapi masyarakat.



Antara contoh yang ditukil beliau ialah inisiatif 3K - Keluarga, Kesihatan, Kewangan - oleh M³@Woodlands.



Naib pengerusi M³@Woodlands, Encik Edwan Nizar, yang membuat pembentangan mengenai inisiatif tersebut di forum itu berkata: "Forum M³ acara sangat baik kerana ia kali pertama saya dapat beramah mesra bersama rakan-rakan daripada semua lapan M³@Bandar, belajar dan berkongsi pengalaman serta kaedah terbaik untuk membuat rancangan yang bermanfaat bagi penduduk di kawasan masing-masing."



Buat masa depan, Encik Masagos berkata M³ akan memperluas ketiga-tiga program induk mereka - Bersamamu, Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), dan program membimbing belia - kepada semua M³@Bandar.



Program-program itu tertumpu pada matlamat mempererat keluarga, membantu banduan dan keluarga mereka kembali kepada masyarakat, dan memperkasa belia.



"Ini penting kerana ini antara program atau cabaran yang kita harus hadapi sebagai masyarakat supaya kita kuat dan kita bertahan menghadapi cabaran hidup di kota singa ini," ujar Encik Masagos.



Menurut beliau, buat masa ini program itu dilakukan sebagai percubaan di bandar-bandar tertentu sahaja.



"Dengan pengalaman itu, ia akan diterapkan oleh M³@Bandar lain. Dan ini memerlukan proses, waktu, untuk disebarkan di serata kawasan yang diperlukan. Itu tumpuan kita buat waktu ini," katanya.




"Sepanjang dua tahun ini, lebih 1,400 sukarelawan tampil bergabung dengan M³ di lapan kawasan bandar. Saya gembira mereka mempunyai insiatif-inisiatif sendiri, melihat apakah masalah atau khidmat yang mereka harus berikan kepada masyarakat tempatan."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mengenai kerjasama antara relawan dan M³ melalui M³@Bandar.



"Mereka bersatu, mengetepikan perbezaan, dan ke depan bekerjasama dengan agensi M³... membawa kemahiran mereka... tidak kira usia dan latar belakang mereka. Saya gembira dapat melihat kepelbagaian yang diwakili."
- Encik Masagos, mengenai orang ramai, pemimpin masyarakat, karyawan, belia, dan guru agama bekerjasama dengan M³@Bandar dan agensi M³.



"Forum M³ acara sangat baik kerana ia kali pertama saya dapat beramah mesra bersama rakan-rakan daripada semua lapan M³@Bandar, belajar dan berkongsi pengalaman serta kaedah terbaik untuk membuat rancangan yang bermanfaat bagi penduduk di kawasan masing-masing."
- Encik Edwan Nizar, naib pengerusi M³@Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >