Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Peluang bagi pemegang jawatan lain berinovasi corak huraian

Pembahagian tugas diperlukan agar mereka dapat pikul tanggungjawab memajukan masyarakat secara bersama
Sep 17, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pembahagian tugas kepada para pemegang jawatan politik Melayu/Islam lain amat diperlukan bagi membolehkan setiap Anggota Parlimen (AP) peluang untuk mencorak dan berinovasi dalam mencapai huraian terbaik bagi membangunkan masyarakat Melayu/Islam di sini.



Encik Masagos berkata demikian selepas siri pertama daripada tiga siri dialog dalam talian bersama pemimpin masyarakat Melayu malam kelmarin.



Mengumumkannya kepada pihak media, Encik Masagos berkata peranan yang secara tradisional digalas Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam kini dibahagi-bahagikan kepada para pemegang jawatan politik Melayu yang lain agar mereka dapat memikul tanggungjawab memajukan masyarakat Melayu/Islam bersama.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, akan tetap menerajui Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi membangunkan sektor keagamaan agar bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan mengekalkan keharmonian sosial.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, akan menerajui Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra). Beliau juga akan menyelia kesemua lapan M Kuasa Tiga (M³) @ Bandar.



Meskipun Encik Masagos kekal sebagai pengerusi Yayasan Mendaki, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang merupakan naib pengerusi Mendaki, akan menjalankan tugas selaku pentadbir yang bertanggungjawab atas kerja-kerja harian di badan bantu diri itu.



Selain itu, Wisma Geylang Serai (WGS) akan dipimpin Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang akan bertanggungjawab mengembangkan lagi usaha dan program di pusat nadi masyarakat Melayu/Islam itu.



Encik Masagos yakin pemegang jawatan politik yang dilantik berkemahiran dan berpengalaman untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini selain menyelaraskan usaha untuk bekerja sebagai satu pasukan.



"Saya juga memberi mereka keyakinan dan peluang untuk berinovasi dan mencerna idea-idea kreatif demi merancakkan lagi kerja-kerja yang dilakukan di Yayasan Mendaki, Mesra dan saya sendiri di Muis.



"Saya yakin kalau kita sama-sama dapat memikul tanggungjawab ini dan menyelaraskannya sebagai satu pasukan yang bersepadu, masyarakat kita akan meraih manfaat besar daripada usaha ini," ujarnya.



Encik Masagos turut menyatakan bahawa beliau telah menggariskan hala tuju dan aspek yang perlu dibangunkan dalam setiap bidang yang diterajui para pemegang jawatan politik.



"Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu pergiat usaha untuk membangkitkan sukarelawan, pekerja dan kakitangan serta rangkaian M³ yang utuh untuk masyarakat kita," tambahnya lagi.



Di samping itu, Encik Masagos turut berharap dengan langkah ini, para pemegang jawatan politik itu akan memberi inspirasi kepada para sukarelawan yang berkhidmat bagi setiap pertubuhan yang diterajui mereka.



Laporan lanjut: Tugas pertingkat masyarakat dibahagi-bahagi pemimpin Melayu & sekitar dialog




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >