Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Masagos perjelas pendekatan dua kes berbeza aduan kakitangan Muis dan madrasah

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam menjelaskan pendekatan yang diambil dalam dua kes berbeza mengenai aduan tingkah laku kakitangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan satu lagi kes melibatkan kakitangan madrasah.



Satu kes itu melibatkan seorang kakitangan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah yang membocorkan e-mel sulit kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.



Satu lagi kes pula merujuk kepada seorang kakitangan Muis yang terlibat dalam isu pengiktirafan sijil halal asing.



"Situasi dalam dua kes itu berbeza. Semasa siasatan dalaman oleh Madrasah Irsyad dan Muis, kakitangan Madrasah Irsyad itu telah mengaku melanggar dasar dalaman Madrasah itu dan meletak jawatan.



"Bagi kes melibatkan Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB), satu panel bebas telah mendapati bahawa tiada bukti secukupnya untuk menyokong tuduhan terhadap kakitangan Muis yang terlibat," kata Encik Masagos.



Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis untuk menjawab soalan anggota pembangkang Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) di Parlimen semalam mengenai pendekatan berbeza yang diambil dalam dua kes itu.



Dalam jawapannya, Encik Masagos menekankan bahawa Muis memandang serius semua tuduhan salah laku.



"Dalam kes sedemikian, Muis akan menjalankan siasatan untuk memutuskan apakah terdapat salah laku.



"Jika wajar, kes itu akan dirujuk kepada polis atau pihak berkuasa relevan lain," kata Encik Masagos.



Dalam kes kakitangan Madrasah Irsyad itu, pihak madrasah telah membuat laporan polis selepas mendapati e-mel sulit telah dibocorkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.



Seorang kakitangan madrasah itu didapati telah memuat turun tanpa kebenaran beberapa dokumen sulit berhubung urus niaga kewangan antara madrasah tersebut dengan Irsyad Trust Limited (ITL).



Madrasah dan Muis berkata ia diberitahu pada 11 Mei, tentang e-mel sulit yang dibocorkan dari server e-mel Madrasah kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran membaca e-mel itu.



Sebahagian dokumen yang dibocorkan itu berhubung proses semakan terhadap urus niaga kewangan Madrasah dengan ITL, yang sedang dijalankan Muis.



Oleh kerana kes itu masih disiasat polis, adalah tidak wajar untuk mengulas mengenainya, kata Encik Masagos.



Berkenaan kes FHCB pula, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak menemui bukti yang menyokong dakwaan salah guna kuasa oleh kakitangan Muis berhubung proses pengiktirafan sijil halal asing.



Justeru, tiada tindakan lanjut akan diambil oleh CPIB setelah menyiasat isu berkenaan proses pengiktirafan Muis bagi FHCB itu, kata Muis pada 30 Jun lalu.



Isu pengiktirafan FHCB mula timbul selepas satu laporan diterbitkan pada 22 April tahun lalu oleh sebuah laman berita dalam talian yang berpangkalan di Hong Kong yang mendakwa Muis bersikap berat sebelah terhadap pihak tertentu dalam proses mengiktiraf FHCB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >