Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Masagos puji ketabahan masyarakat jalani Ramadan semasa pandemik

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam telah menunjukkan sifat ketabahan dan pengorbanan yang luar biasa semasa menjalani ibadah sepanjang Ramadan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri semasa pandemik dua tahun lalu.



Menulis di catatan Facebooknya pada Sabtu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Perayaan disambut dengan sederhana sambil kita menyesuaikan diri dengan norma sosial baru, demi memastikan keselamatan semua daripada ancaman Covid-19.



"Saya amat gembira dapat menyertai Presiden Halimah Yacob, Encik Mohamed Abdullah, rakan penasihat akar umbi, dan rakan kongsi di Penyalaan Lampu Hari Raya Geylang Serai 2023 Wisma Geylang Serai semalam (Jumaat)."



Beliau menambah, kawasan Geylang Serai bermandi dengan lampu yang berseri untuk menyebarkan keceriaan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.



Tema Penyalaan Lampu Hari Raya tahun ini, katanya, adalah Raya Gemilang.



"Ia mencerminkan 'Masyarakat Gemilang', merayakan kemajuan masyarakat kita, dan bagaimana kita pulih daripada gangguan yang disebabkan pandemik, dan memaparkan semangat kemahiran, keperibadian dan kewarganegaraan.



"Penyalaan lampu Hari Raya bukan sahaja sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan yang kita tempuhi semasa pandemik, bahkan juga meraikan pencapaian masyarakat Melayu/Islam kita sebagai masyarakat yang aktif menyumbang ke arah membina Singapura yang berdaya tahan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >