Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Masagos wakili S’pura di mesyuarat sosiobudaya Asean di Jakarta

Sep 04, 2023 | 06:44 PM



Deklarasi Asean mengenai kesaksamaan jantina dan pembangunan keluarga menyokong pendekatan melibatkan kaum lelaki dan wanita yang sama-sama memainkan peranan membina keluarga kukuh dan berdaya tahan.

Ini dinyatakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mewakili Singapura di Mesyuarat Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean (ASCC) ke-30 ketika beliau membuat lawatan ke Jakarta antara 28 dengan 29 Ogos 2023.

Beliau berkata dalam catatan Facebooknya pada Isnin: “Selaras dengan usaha membangun Singapura Mesra Keluarga, saya menyokong Indonesia dalam pembangunan Deklarasi Asean mengenai Kesaksamaan Jantina dan Pembangunan Keluarga.

“Saya gembira ia telah diterima sebagai dokumen hasil mesyuarat ini. Saya berterima kasih kepada Indonesia kerana kepimpinannya yang kukuh sebagai Pengerusi Asean tahun ini.”

Dalam pada itu, Encik Masagos juga melawat Universiti Muhammadiyah di Malang di mana beliau berkongsi pengalaman umat Islam di Singapura dalam menyumbang secara bermakna kepada masyarakat moden, walaupun sebagai golongan minoriti.

“Ini dapat dilakukan dengan visi bersama kami untuk membina sebuah masyarakat yang berjaya, disokong oleh tiga ‘C’ – keperibadian, kecekapan dan kewarganegaraan,” tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >