Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masak sendiri atau tempah, masjid tetap sedia bubur Ramadan

May 27, 2018 | 05:30 AM



AROMA rempah-ratus yang ditumis menusuk hidung tidak lama selepas solat subuh di Masjid Al-Amin di Telok Blangah Way.



Cari punya cari, terserampak sekumpulan relawan yang menyingsing lengan di kawasan belakang masjid. Semuanya sibuk menyediakan bubur Ramadan yang bakal diagihkan kepada orang ramai.



Bubur Ramadan sudah seolah-olah sinonim dengan bulan puasa di sini, dengan hampir setiap masjid menyediakan jamuan tersebut untuk diberikan kepada jemaah serta orang ramai yang datang untuk mengambilnya.



Namun, bagaimanakah masjid-masjid di Singapura seperti Masjid Al-Amin, menyiapkan juadah itu? Adakah ia memasaknya sendiri atau menempahnya?



Tinjauan Berita Minggu menunjukkan bahawa jumlah masjid yang menggunakan khidmat tempahan atau katering hampir dua kali ganda jumlah masjid yang memasak sendiri bubur Ramadan mereka.



Dihubungi baru-baru ini, pengerusi Masjid Darul Makmur, Encik Mohamed Rafii Abdul Hamed, 50 tahun, berkata masjidnya memilih menggunakan khidmat katering setelah membuat beberapa pertimbangan.



"Memang kami ada memikirkan sama ada mahu masak sendiri atau menempah pada tahun ini, tetapi setelah membuat penilaian, Masjid Darul Makmur memutuskan menggunakan khidmat katering sahaja," ujar beliau, yang juga pengurus besar masjid di kelompok utara.



Encik Rafii berkongsi bahawa masjid tersebut dahulunya memasak sendiri bubur Ramadan mereka, namun saban tahun, soal kakitangan merupakan satu isu yang perlu dipertimbangkan.



"Ini kerana ramai yang sudah berumur dan susah menyatakan kesanggupan mereka (untuk bantu memasak) sepanjang bulan," katanya.



Selain itu, tempat yang terhad serta keselamatan jemaah juga merupakan satu lagi isu.



Jika masjid memilih memasak sendiri, mereka perlu menyimpan banyak bahan masak serta tong gas dengan baik dan berhati-hati.



"Jadi, kami fikirkan keselamatan jemaah yang berulang-alik dan juga para pelajar yang ada di sini pada waktu pagi.



"Setelah dipertimbangkan secara keseluruhan, kami rasa lebih mudah kami buat tempahan saja. Alhamdulillah, jemaah pun suka dengan bubur Ramadan yang disediakan katerer kami," tambah Encik Rafii.



"Penat memang penat, tetapi kami sukarelawan dapat jumpa beramai-ramai setahun sekali dan masa Ramadanlah kami selalu berada di sini," kata Encik Eddy.



"Saya rasa kalau masak sendiri kemesraan antLain pula kisahnya dengan Masjid Al-Amin yang tidak pernah menggunakan khidmat tempahan untuk menyediakan bubur Ramadan.



Sebaliknya, ia memanfaatkan tenaga sukarelawan untuk sama-sama memasak bubur, menurut pengerusi eksekutif masjid tersebut, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, 41 tahun.



Encik Khairul Jameel menambah bahawa antara sebab mengapa masjidnya memilih tidak menggunakan khidmat katering ialah agar masjid itu dapat menghidupkan semangat gotong-royong di masjid.



"Ini satu usaha kami merapatkan silaturahim dan ukhuwah antara relawan kami.



"Pada bulan Ramadan, ramai orang mencari peluang untuk bergiat aktif di masjid... jadi ini peluang bagi kami mengadakan wadah bagi relawan kita berkhidmat di masjid," katanya.



Ternyata, peluang tersebut tidak disia-siakan para sukarelawan Masjid Al-Amin yang datang bukan hanya untuk memasak bubur, malah membungkus serta mengagihkan bubur tersebut kepada jemaah lain.



Encik Eddy Haji Tumin, 58 tahun, yang memasak bubur Ramadan di masjid tersebut setiap hari, berkata:



ara kami lain macam sebab kami sama-sama berkumpul, buka puasa bersama dan masak bersama," tambah beliau sambil tersenyum.



Saksikan video persiapan bubur masjid secara gotong-royong di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >