Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masalah jerawat suntik semangat jaga penampilan diri

Jul 03, 2023 | 05:12 AM



Disebabkan jerawat di mukanya, Encik Norfairus Abdul Rahim sering diberi pelbagai nama dan mendapat pelbagai julukan negatif ketika di bangku sekolah menengah.

Ini menyebabkan keyakinan dirinya turut terjejas terutama apabila bersama rakan-rakan sekolahnya.

“Ketika saya di sekolah menengah, saya mula mengalami masalah jerawat di muka.

“Saya mempunyai dua abang yang turut mengalami masalah yang sama, namun berbanding mereka, masalah jerawat saya agak teruk.

“Di sekolah, saya juga pernah dibuli dan ada yang memberi dan memanggil saya nama-nama seperti ‘ring of fire’ (gegelang api), oleh kerana jerawat saya akan tumbuh dan menjadi kemerah-merahan.

“Sampai satu tahap, ia menjejas keyakinan diri saya,” katanya.

Enggan membiarkan perkara itu terus membebaninya, Encik Norfairus, 35 tahun, bertekad mencari huraian yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawatnya.

Pelbagai produk dan suplemen, yang disyorkan keluarga, rakan-rakan ataupun yang mudah dibeli dari farmasi setempat, telah beliau cuba untuk membersihkan mukanya.

Ini di samping membaca tentang cara untuk menjaga kulit wajah dengan baik.

Tanpa beliau sedari, ia juga telah menyuntik perasaan ingin tahu tentang aspek saintifik di sebalik penjagaan kulit yang berkesan.

“Pada waktu itu, maklumat di Internet tidak mudah diperolehi, tidak seperti sekarang di mana kita boleh mendapatkan maklumat ini dengan pantas dan mudah daripada media sosial seperti TikTok.

“Oleh itu, saya berusaha mencari maklumat ini dengan membaca artikel perubatan dan mendalami lagi topik ini kerana saya juga agak berminat terhadap dandanan dan penjagaan diri.

“Daripada situ, saya juga dapat mempelajari tentang pelbagai jenis kulit serta sains di sebalik penjagaan kulit yang rapi,” jelasnya.

Perunding strategik yang juga merupakan ejen hartanah sambilan itu berkata mulai daripada situ, beliau telah memberikan keutamaan kepada penampilan diri.

Daripada hanya sekadar menjaga kulit wajahnya, Encik Norfairus kini memastikan keseluruhan imej dan penampilannya diberi perhatian.

Meskipun mempunyai jadual yang sibuk, beliau akan pastikan masa akan diperuntukkan untuk ke gimnasium, berkunjung ke spa serta pusat jagaan kulit khusus untuk kaum lelaki merawat kulitnya supaya kembali bersih dan segar.

Dalam pada itu, beliau juga memperuntukkan masa bagi rejim penjagaan kulitnya yang dilakukan setiap pagi sebelum keluar rumah serta di waktu malam.

Encik Norfairus berkata menjaga penampilan diri dalam kalangan kaum Adam kini menjadi perkara normal pada zaman ini.

“Ramai yang sudah mula sedar bahawa menjaga penampilan diri juga merupakan satu cara untuk memanjakan diri kita sendiri selepas penat bekerja.

“Pada masa yang sama, ia juga tentang bagaimana kita dapat menampilkan diri kita dengan lebih baik di khalayak ramai dan sekali gus meninggalkan kesan pertama atau ‘first time impression’ yang positif.

“Bagi saya ini penting, lebih-lebih lagi disebabkan kerjaya saya yang perlu berdepan dan bertemu dengan klien,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >