Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih giat mengajar walau dah 72 tahun

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



MESKIPUN usianya sudah mencecah 72 tahun, anda tidak pernah melihat Cikgu Sies Senan sekadar duduk "goyang kaki" atau berehat di rumah.



Guru pesara tiga anak dan lima cucu itu masih aktif mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di bawah skim mengajar flexi-adjunct.



Skim tersebut membolehkan mantan guru mengajar di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) di bawah tema dan peraturan yang lebih fleksibel.



Beliau, yang mula mengajar pada usia 19 tahun pada 1965, tidak berhenti mengajar setelah bersara pada 2005.



Selepas sebulan berehat, beliau terus menyambung mengajar di bawah skim kontrak adjunct sehingga tahun lalu dan kemudian menandatangani kontrak baru di bawah skim flexi-adjunct selama setahun pula.



"Saya memang lebih suka bekerja kerana ia membuat minda saya lebih cerdas. Lagipun apabila berinteraksi dengan orang-orang muda, kita rasa gembira kerana selain menyampaikan ilmu, kita juga dapat mengetahui apakah trend terbaru anak-anak muda hari ini," ujar beliau.



Selain mengajar di sekolah, Cikgu Sies yang memang berpengalaman dan mudah mesra dengan orang di sekelilingnya, kini memimpin sekumpulan mantan guru Bahasa Melayu mengajar program Bahasa Melayu Berita Harian (BH).



Program yang dianjurkan Akademi BH itu dihadiri peserta pelbagai bangsa dan kerakyatan yang terdiri daripada pelajar sehinggalah kepada karyawan dan warga emas.



"Kebanyakan di antara peserta di dalam kelas itu tidak menyangka usia saya sudah melebihi 70 tahun.



"Kata mereka, melihat dari raut wajah, keriangan dan kecerdasan saya semasa mengajar, mereka sangkakan saya jauh lebih muda," katanya sambil tertawa.



Tambah Cikgu Sies, di usia senja itu, wang ringgit tidak sebegitu penting lagi kerana apa yang lebih penting ialah kesihatan.



Justeru bagi Cikgu Sies yang memang serba boleh, melibatkan diri dalam kegiatan yang dapat mencerdaskan minda dan fizikal amatlah penting.



Untuk memastikan beliau sihat dan boleh mengajar, Cikgu Sies sering melibatkan diri dalam kegiatan sukan.



Misalnya sekali atau dua kali seminggu, beliau menghabiskan masa bermain golf bersama rakan-rakannya.



Menurutnya, semasa bermain golf itulah beliau dapat berjalan dan secara tidak langsung bersenam.



Dari segi gaya hidup pula, Cikgu Sies sering tidur awal dan menjaga pemakanan seharian.



Beliau juga menekankan pentingnya bergaul dengan teman-teman yang sentiasa berfikiran positif agar mindanya turut berfikiran positif.



"Usia bagi saya sekadar nombor sahaja. Sebenarnya otak kita yang menguasai badan kita.



"Kalau dalam minda kita, kita katakan kita sudah tua, penat, dan tidak boleh bekerja, maka akan jadi penatlah kita.



"Jadi usah berfikiran negatif. Sentiasa berpandang ke hadapan dan gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin," nasihatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >