Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Al-Khair sedia ruang pengguna kerusi roda, skuter elektrik solat di saf hadapan

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Di Masjid Al-Khair, semua jemaah lelaki berpeluang mendirikan solat di saf pertama sama ada mereka boleh solat seperti biasa, perlu duduk di kerusi, atau menggunakan alat bantuan pergerakan peribadi (PMA) seperti kerusi roda atau skuter elektrik.

Ini kerana masjid di Choa Chu Kang itu menyediakan ruang khusus untuk jemaah warga emas atau kurang upaya yang tidak boleh solat seperti biasa di bahagian depan kiri dan kanan dewan solat utama.

Terdapat juga laluan yang dikhususkan untuk golongan itu, agar mudah untuk mereka masuk dan keluar ketika dalam pertengahan solat, untuk ke tandas atau atas sebab kecemasan, tanpa perlu melintas di hadapan jemaah lain.







Menurut pengurus masjid, Ustaz Muhammed Faheem Abdul Khalil, inisiatif itu diperkenalkan pada 2022 setelah masjid serata Singapura dibuka semula sepenuhnya selepas pandemik Covid-19.

Sebelum wabak itu melanda, jemaah yang menggunakan PMA perlu bangun daripada kerusi roda atau skuter elektrik mereka dan beralih ke kerusi roda yang disediakan masjid sebelum dibawa masuk ke ruang solat.

Tetapi cara itu agak berbahaya bagi pengguna PMA yang tidak mempunyai kaki atau mereka yang memang tidak kuat berdiri, kata Ustaz Muhammed Faheem, 31 tahun.

Bagi warga emas yang perlu solat di kerusi, mereka mengambil kerusi yang disusun di bahagian belakang ruang solat dan membawanya ke saf di depan.

Ini juga membahayakan jemaah warga emas yang sudah tidak kuat berjalan atau mengangkat kerusi.

Cara itu juga menimbulkan beberapa isu seperti kerusi tidak diletakkan dengan betul hingga menjejas jemaah di belakang ketika sujud, dan saf yang mempunyai campuran jemaah yang solat berdiri dan yang duduk di kerusi.

“Kemudian sewaktu pandemik, masjid diarahkan menyediakan zon untuk solat. Disebabkan struktur Masjid Al-Khair, tidak semua yang menggunakan PMA dapat masuk ke dalam ruang solat. Mereka datang ke masjid tetapi terpaksa solat di luar dewan solat. Sekali pandang, nampak jelas yang mereka terasing daripada jemaah lain,” kata Ustaz Muhammed Faheem.

“Kami kasihankan jemaah warga emas atau kurang upaya ini yang keluar rumah awal dan tiba di masjid awal, tetapi mereka tetap solat di belakang atau luar dewan solat. Kita tahu tentang kelebihan menunaikan solat di saf hadapan. Jadi selepas kami mempertimbangkan semua faktor, kami memutuskan yang kami mahu mereka dapat turut solat di depan bersama jemaah lain,” tambahnya.

Ustaz Muhammed Faheem berkata apabila inisiatif itu mula diperkenalkan, ada beberapa jemaah yang tidak setuju PMA dibenarkan masuk ke dalam ruang solat kerana dikhuatiri membawa masuk kotoran di roda.

“Pada mulanya memang ada banyak soalan. Maklum balas yang kami terima kebanyakannya adalah tentang roda PMA yang kotor dan dibawa masuk ke dalam ruang solat. Tetapi setelah diberitahu bahawa secara hukum tidak mengapa, dan kami selalu membersihkan kawasan tersebut, lama kelamaan jemaah dapat menerimanya,” katanya sambil menambah ruang khusus itu tidak disediakan bagi solat Jumaat.







Salah seorang jemaah yang menggunakan PMA ialah Encik Mohamed Ekball Packir Mohamed, 72 tahun, yang biasanya menunaikan solat berjemaah di masjid itu bagi waktu maghrib dan isyak setiap hari.

Beliau, yang menggunakan PMA setelah mengalami kecederaan di kaki kiri pada 2018, tinggal di Teck Whye Crescent dan mengambil masa lima minit menaiki skuter elektriknya untuk ke Masjid Al-Khair.

“Saya rasa sangat gembira dengan adanya ruang khusus ini kerana pengguna PMA tidak rasa ditinggalkan sendirian,” kata pesara lapan cucu itu yang mula ke masjid tersebut menaiki PMA sejak 2022 selepas pandemik berakhir.

“Di masjid ini, pada hari biasa, biasanya dua, tiga saf diisi jemaah. Jadi dengan membenarkan kami pengguna PMA solat di saf depan pada hari biasa, kami sangat bersyukur. Tetapi jika ruang solat penuh, tidak mengapa. Kami solat di belakang atau di luar ruang solat. Kami faham,” tambahnya. – NUR DHUHA ESOOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >