Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Al-Muttaqin dibuka semula setelah jalani pembersihan, penyahjangkitan

May 25, 2021 | 05:30 AM



MASJID Al-Muttaqin dibuka semula mulai waktu zuhur semalam setelah ditutup buat sementara Ahad lalu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh.



Penutupan masjid yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 6 itu dilakukan berikutan kes Covid-19 yang mengunjungi masjid tersebut antara 12.55 tengah hari dengan 1.35 tengah hari pada 14 Mei semasa solat Jumaat.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, pengerusi Masjid Al-Muttaqin, Encik Mohd Fairus Abd Manaf berkata, pihak masjid telah bekerjasama sepenuhnya dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan mendapatkan perkhidmatan syarikat pembersihan yang diiktiraf agensi tersebut untuk menjalankan kerja pembersihan dan penyahjangkitan di masjid.



"Kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan ini dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak NEA, dan selesai mengikut jadual pada petang semalam (kelmarin).



"Kerja-kerja penyahjangkitan dilakukan di tempat-tempat terjejas seperti dewan solat, koridor, tangga dan juga tandas dan tempat wuduk," jelas Encik Mohd Fairus.



Menurut beliau lagi, seramai 48 jemaah telah berkunjung ke masjid untuk menunaikan solat zuhur semalam dengan mengikut prosedur kemasukan selamat yang telah ditetapkan iaitu dengan menggunakan TraceTogether.



Pihak masjid juga telah meningkatkan kekerapan pembersihan masjid dan mengingatkan jemaah serta petugas agar terus mematuhi langkah pengurusan selamat yang telah ditetapkan.



Dalam satu catatan di Facebook, Masjid Al-Muttaqin turut mengingatkan jemaah yang datang untuk menjaga jarak selamat antara satu sama lain ketika berada di dalam masjid dan mengelak daripada bersentuhan dengan orang lain.



Sementara itu, semua tempahan untuk solat berjemaah dalam tempoh penutupan tersebut telah dibatalkan secara automatik, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam catatannya di Facebook.



Dalam catatan yang sama, Muis turut menasihatkan jemaah yang telah berada di Masjid Al-Muttaqin semasa tempoh tersebut untuk memantau kesihatan mereka dan bertemu dengan doktor jika terdapat sebarang gejala jangkitan pernafasan akut.



Pada April lalu, Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman, selepas seorang individu yang mengunjungi masjid tersebut diuji positif virus Covid-19.



Individu tersebut juga telah mengunjungi masjid itu pada Jumaat antara 1.55 petang dengan 2.22 petang dan difahamkan telah menunaikan solat Jumaat.



Disember lalu, tiga masjid - Masjid Ahmad di Pasir Panjang, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah dan Masjid En-Naeem di Hougang ditutup selepas dikunjungi pesakit Covid-19.




"Kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan ini dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak NEA, dan selesai mengikut jadual pada petang semalam (kelmarin).

Kerja-kerja penyahjangkitan dilakukan di tempat-tempat terjejas seperti dewan solat, koridor, tangga dan juga tandas dan tempat wuduk."

- Pengerusi Masjid Al-Muttaqin, Encik Mohd Fairus Abd Manaf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >