Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Malabar dibuka semula dengan kemudahan baru, warisan unik dipelihara

Jul 29, 2023 | 05:59 PM



Para jemaah yang mengunjungi Masjid Malabar boleh menjangkakan kemudahan dan peningkatan baru selain memastikan ciri warisan unik masjid itu dipelihara selepas masjid itu dibuka semula secara rasmi pada Sabtu.

Masjid tersebut telah ditutup selama tiga tahun sebelum ini kerana perlu menjalani kerja-kerja peningkatan dan pengubahsuaian.

Bangunan baru setinggi tiga tingkat itu telah dibuka semula oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Ia kini boleh menempatkan tambahan 400 ruang solat sekali gus menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu masa termasuk jemaah wanita dalam keadaan selesa.

Antara kemudahan baru yang boleh dinikmati jemaah termasuk lif yang boleh dimanfaatkan golongan warga emas dan kurang upaya selain bilik-bilik darjah dan dewan serbaguna untuk kegiatan pembangunan rohani dan sosial seperti kelas aLIVE dan klinik bulanan guaman percuma.

Selain daripada kemudahan dan peningkatan baru untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada para jemaah, warisan unik masjid itu turut dipelihara.

Jubin biru Masjid Malabar yang merupakan antara mercu tanda terkenal di Victoria Street dikekalkan.

Perkadaran, warna dan motif masjid yang sedia ada dipelihara sepenuhnya semasa kerja-kerja peningkatan dilaksanakan, dengan bumbung yang sepadan dibina untuk bangunan baru masjid.

Menyusuli pandangan yang diutarakan semasa latihan perundingan awam sepanjang 2018, kubur-kubur di sekitar Masjid Malabar juga telah dikekalkan sebagai usaha pemuliharaan.

Masjid Malabar, juga dikenali sebagai Masjid Biru, yang terletak di sudut Victoria Street dan Jalan Sultan dahulunya merupakan tanah perkuburan Islam Malabar sejak 1819.


Menulis di Facebooknya, Encik Masagos berkata beliau menghargai penglibatan semua pihak terhadap projek tersebut.


“Usaha bersama kita telah berjaya melestarikan warisan masjid serta membina ruang bagi lebih ramai jemaah untuk beribadah sekaligus memupuk rasa perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.


Para tetamu yang hadir kepada pembukaan semula masjid itu seperti Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat A. Rahman, dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen telah dibawa untuk melihat ruang galeri yang mempamerkan warisan budaya bersejarah dan artifak masyarakat Malabar di Singapura.


Masjid Malabar dibuka secara rasmi oleh Presiden Pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, pada 24 Januari 1963.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >