Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masuk ke S'pura secara haram dengan sampan, empat lelaki ditangkap

Jul 26, 2019 | 08:01 AM



EMPAT lelaki ditangkap pagi semalam (Khamis, 25 Julai) kerana memasuki Singapura secara haram dan membawa rokok haram.



Mereka, yang berusia antara 18 dengan 63 tahun, ditangkap Polis Pengawal Pantai (PCG) pada 1 pagi, lapor The Straits Times.



PCG mengesan sampan yang dinaiki empat lelaki di Eastern Holding Anchorage dalam perairan Singapura, menurut kanyataan polis.



"Sampan itu dipintas dengan pantas dan kesemua empat lelaki ditangkap atas kemasukan secara haram ke Singapura," kata kenyataan tersebut.



Polis kemudian melakukan pemeriksaan ke atas sampan itu dan mendapati rokok haram yang cuba diseludup masuk.



Sesiapa yang didapati memasuki Singapura secara haram boleh dipenjara sehingga enam bulan atau disebat sekurang-kurangnya tiga sebatan.



Atas kesalahan memiliki atau berurusan dengan barang yang tidak dibayar cukai, pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan cukai barangan dan perkhidmatan yang dielak, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >