Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Islam digesa bersabar buat pengorbanan tangani Covid-19: Masagos

Jul 30, 2020 | 05:30 AM



DALAM menyambut Hari Raya Aidiladha esok di tengah-tengah wabak Covid-19, masyarakat Melayu/Islam terpaksa membuat banyak pengorbanan dan penyesuaian pada kebiasaan yang dilakukan setiap bulan Zulhijah.



Ini termasuk menangguhkan ibadah haji dan melakukan ibadah korban di luar negara dengan sebahagian besar masyarakat Islam pula perlu melakukan solat Aidiladha di rumah bersama keluarga kerana ancaman virus yang masih berleluasa membawa pada keterbatasan ruang solat yang disediakan di masjid.



Membuat pengamatan demikian dalam catatan Facebook, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berharap orang ramai dapat bersabar dan tabah di samping mensyukuri suasana di Singapura yang kian pulih.



Beliau juga menambah dirinya dan Anggota Parlimen (AP) Islam lain juga akan bersolat di rumah bersama keluarga masing-masing.



"Kalau semasa Hari Raya Aidilfitri, kita tidak dapat solat berjemaah di masjid, ataupun mengunjungi sanak-saudara pada minggu pertama Hari Raya, kini kita berpeluang solat berjemaah di masjid walaupun jumlah jemaah terhad.



"Saya faham ramai yang kecewa kerana gagal mendapatkan tempat bagi solat Aidiladha di masjid. Saya menyeru agar kita terus bersabar dan tabah dalam menghadapi cabaran ini.



"Inilah pengorbanan kita demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Bagi mereka yang tidak berpeluang mendirikan solat raya di masjid, janganlah hampa.



"Seperti yang dinasihati oleh Mufti Dr Naziruddin Nasir, insya-Allah amalan ibadah kita tidak kekurangan jika menunaikan solat raya di rumah."



Dr Nazirudin dalam lampiran pos di laman Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjelaskan tiada kurang ganjaran jika solat Aidiladha dikendalikan di rumah.



"Anda telah mencuba sedaya upaya anda bagi menempah ruang solat. Nabi Muhammad saw mengajar kita bahawa niat yang murni itu akan diberi ganjaran.



"Allah juga tidak akan membebani kita di luar kemampuan kita. Justeru, saya menasihati anda agar bersabar dan tidak mencemari hari-hari yang dirahmati Tuhan ini dengan berburuk sangka, meluah kata-kata mahupun melakukan tindak-tanduk tidak baik," jelas Dr Nazirudin.



Dalam catatannya, Encik Masagos yang kini menggalas amanah selaku Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, menambah:



"Walaupun kita kini berada dalam Fasa Kedua, kita tidak boleh mengambil ringan tentang wabak ini. Kita harus berhati-hati dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan demi mengekang penularan virus ini dan melindungi nyawa.



"Inilah cara terbaik mengelak dari gelombang jangkitan semula yang dialami oleh negara lain hingga harus kembali kepada langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19 atau 'Circuit-Breaker' lagi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >