Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Islam S’pura hidupkan syiar korban di dalam dan luar negara

Jun 29, 2023 | 06:50 PM



Meskipun peluang yang ada untuk menunaikan ibadah korban secara fizikal di Singapura adalah terhad, masyarakat Islam di sini tetap bersemangat menghidupkan syiar korban dengan menjalankan ibadah korban di luar negara.

Bercakap dengan media selepas selesai menunaikan solat Aidiladha di Masjid Kassim pada Khamis, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menarik perhatian bahawa lebih 5,200 kambing telah ditempah menerusi SalamSG Korban kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dengan ibadah itu dijalankan di Australia sebelum dagingnya dihantar ke Singapura.

Tambahnya, usaha itu penting kerana ia membolehkan masyarakat Islam di sini meneruskan ibadah dan tradisi korban Aidiladha.

Encik Masagos berkata proses tersebut juga berjalan dengan lancar sejauh ini.

“Ibadah korban terus dijalankan seperti waktu pandemik... di Australia. Daging korban kemudian akan diagihkan kepada lebih 3,000 (golongan) fakir miskin yang menerima zakat daripada Muis dan bakinya akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan,” kata Encik Masagos yang telah menghadiri sesi solat Aidiladha kedua di Masjid Kassim.

Beliau turut menarik perhatian dua masjid yang menjalankan ibadah korban secara fizikal di Singapura dan ini juga menyediakan peluang yang baik bagi mereka yang ingin menyaksikan tradisi korban secara fizikal di sini.

Penyembelihan korban hanya dijalankan di dua masjid di Singapura iaitu Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan Masjid Al-Firdaus. 

“Satu yang kita menitikberatkan adalah bagaimana ibadah korban ini bukan hanya menjalankan syiar kita, agama kita, tapi juga kita harus menjalankannya dengan cara yang tertib, cara yang beradab, juga mengambil kepentingan jiran-jiran kita.

“Sebab itulah kita membuat ibadah korban itu di dua masjid yang agak terpencil sedikit, jauh daripada jiran-jiran yang mungkin terganggu dengan bau ataupun keadaan haiwan di sekitar kita, (dengan) kita di kota tidak biasa (dengannya),” jelas Encik Masagos.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat yang memilih untuk melaksanakan korban di luar negara melalui SalamSG Korban.

“Insya-Allah keberkatannya tetap sama seperti amalan korban yang dilakukan dalam negara.

“Malah, saya percaya sumbangan masyarakat kita melalui korban di luar negara lebih bermakna kerana ia dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia khususnya penerima di negara yang dilanda masalah,” ujar Encik Masagos.

Merujuk kepada khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Timbalan Mufti, Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar, Encik Masagos berkata semangat pada Aidiladha itu juga mementingkan kesatuan masyarakat Islam, meskipun berbeza pendapat dan pendekatan.

Menitikberatkan perpaduan dan sealiran fikiran, tambahnya, beliau harap semoga semua yang dilakukan adalah dengan niat ibadah dapat dijalankan dengan selesa dan aman, tanpa mengetepikan semangat kesatuan.

Turut menghadiri solat Aidiladha bersama Encik Masagos di Masjid Kassim ialah Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad, dan pengerusi Masjid Kassim, Encik Mohd Zain Mohd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >