Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Melayu harus tingkat kemahiran, bina kecekapan untuk relevan: Masagos

Feb 19, 2022 | 06:57 PM



Masyarakat Melayu/Islam perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan membina kecekapan baru supaya kekal relevan, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 



Dalam hal ini, pelbagai pelbagai program latihan dan rakan kongsi industri ditawarkan melalui  M³, yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. 



Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga,berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama sekumpulan saintis muda A*STAR pada Sabtu (19 Feb). 



Sesi di Grand Hyatt Hotel itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri & Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Encik Heng Swee Keat serta Menteri Negara Kanan ((Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad. 



Encik Masagos berkata dalam satu catatan Facebook:



“Sesi dialog saya bersama kumpulan belia ini cukup menarik. Mereka berupaya untuk menjadi contoh kepada para belia lain dengan memberi bimbingan dan dorongan demi menggilap potensi mereka sepenuhnya. 



“Oleh itu, saya harap kumpulan yang berjaya dan bersemangat ini tampil sebagai mentor untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan belia lain, dan dengan itu membantu masyarakat kita maju ke hadapan.”



Tambah beliau, lebih banyak butiran mengenai program M³ akan dikongsi oleh Encik Zaqy semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan  (COS) bulan depan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >