Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat perlu juga fikirkan sumbang kepada negara: Masagos

Sejajar tunggak ketiga dalam wawasan Masyarakat Gemilang - iaitu kewarganegaraan
Mar 14, 2023 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam tidak seharusnya membataskan sumbangan mereka kepada di kalangan masyarakat sahaja, sebaliknya perlu juga memikirkan cara untuk menyumbang kepada pembangunan negara, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini sejajar dengan tunggak ketiga dalam wawasan Masyarakat Gemilang - iaitu kewarganegaraan - yang akan diberi perhatian dalam menggerakkan gagasan tersebut dengan selanjutnya.



Kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Kedua Kesihatan, ini boleh bermula dengan usaha memperkukuhkan institusi keluarga sebagaimana yang dicerminkan dalam dasar dan inisiatif pemerintah.



Bercakap dalam satu temu ramah dengan Berita Mediacorp untuk merumuskan Perbahasan Belanjawan bagi tiga kementerian yang diwakilinya, Encik Masagos menjelaskan masyarakat Melayu/Islam telah melangkah jauh dalam memperkasakan dan membantu satu sama lain dengan penglibatan semua lapisan masyarakat.



Menurut beliau, sejak beberapa tahun lalu, dua tunggak pertama wawasan itu - keperibadian dan kemahiran - telah ditekankannya.



Maka itu, aspek kewarganegaraan akan diberi tumpuan dalam usaha-usaha selanjutnya.



"Dalam hal ini, kita bermula dengan membina keluarga yang utuh kerana dari keluarga, kita belajar sikap bertanggungjawab, berjuang sebagai satu keluarga dengan menjalani kehidupan susah atau meraih kejayaan... begitu juga sebagai anggota masyarakat, dengan nilai itu, kita dapat membina negara atau masyarakat yang lebih utuh," ujar Encik Masagos.



Kedua, ialah perlunya melihat bagaimana untuk memperkukuhkan pertubuhan dan aset dalam masyarakat.



Apa yang menggalakkan sejauh ini, usaha-usaha di bawah wadah kerjasama, M Kuasa Tiga (M³), telah berjaya menggembleng tenaga yang cukup bermotivasi, termasuk daripada golongan karyawan.



"Saya juga gembira dengan barisan kepimpinan baru persatuan Melayu/Islam, yang mahu turut menyertai dan bersama kita untuk menguatkan lagi inisiatif M³, membina keluarga yang kukuh, menyediakan program bimbingan untuk belia dan meningkatkan keupayaan tenaga kerja dalam masyarakat kita," terangnya.



Justeru, dalam usaha memperkukuhkan keluarga, ia akan sekali gus membina sifat untuk menabur jasa kembali kepada masyarakat, menurut Encik Masagos.



"Saya menyeru kepada semua masyarakat agar menyumbang kepada pembangunan negara dan jangan hanya menyumbang jasa dalam masyarakat sahaja," gesa beliau.



Kata Encik Masagos, masyarakat Melayu/Islam memiliki beberapa ciri yang menyerlah, yang akan membolehkan kita memberi semula kepada negara.



Ini bukan sahaja dari segi pencapaian pendidikan asas, tetapi dalam memperolehi kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi Singapura hingga membolehkan kita berdikari dan memperkasakan diri lantas menyumbang semula.



"Dengan pendidikan itu dan peningkatan hidup, masyarakat kita tidak lupa pada nilai murni budaya dan agama kita.



"Sebab itu apabila diseru, ramai yang akan tampil kembali berjasa kepada masyarakat, membantu mereka yang memerlukan dengan ramai memberi sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga pendidikan daripada peningkatan kehidupan mereka itu.



"Ada juga masyarakat kita yang menyumbang di peringkat nasional, dengan ada menganggotai lembaga badan berkanun... Kita mahu kepakaran dan kemahiran masyarakat kita terasa di peringkat nasional dan bukan dalam masyarakat sahaja," tekan Encik Masagos.




"Sebab itu apabila diseru, ramai yang akan tampil kembali berjasa kepada masyarakat, membantu mereka yang memerlukan dengan ramai memberi sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga pendidikan daripada peningkatan kehidupan mereka itu. Ada juga masyarakat kita yang menyumbang di peringkat nasional, dengan ada menganggotai lembaga badan berkanun... Kita mahu kepakaran dan kemahiran masyarakat kita terasa di peringkat nasional dan bukan dalam masyarakat sahaja."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >