Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat wanita lanjut usia ditemui di flat Holland Drive

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



MAYAT seorang wanita berusia 80 tahun ditemui di rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada hari Ahad.



Seorang jiran telah terhidu bau busuk yang keluar dari unit itu dan menghubungi pihak polis.



Para penduduk memberitahu akhbar cina Shin Min Daily News bahawa wanita itu adalah seorang guru pesara yang tinggal sendirian di flat Holland Drive.



Beliau juga seorang yang peramah dan mempunyai hubungan baik dengan jiran-jirannya.



Seorang jurucakap polis berkata mereka telah dimaklumkan mengenai satu kes kematian di Blok 11 pada 1.55 petang pada hari Ahad.



Wanita warga emas itu ditemui terbaring kaku di unit tersebut, kata polis.



Seorang penduduk yang enggan dinamakan berkata beliau melihat beberapa pegawai polis di luar unit wanita itu apabila beliau pulang ke rumahnya.



Seorang tukang kunci berjaya membuka pintu unit itu pada sekitar 3 petang.



Seorang lagi penduduk menyatakan bahawa beliau tidak melihat wanita itu sekitar satu minggu tetapi menganggap beliau tidak berada di rumah kerana tidak menghidupkan lampu pada waktu malam.



"Semua orang memanggilnya cikgu kerana beliau mengajar di sekolah rendah yang berdekatan.



"Setiap petang apabila beliau keluar untuk makan malam, beliau akan berhenti dan berbual dengan kami," kata penduduk itu.



Penduduk itu menambah jiran sebelah wanita itu menelefon polis kerana terhidu bau busuk. Mayat itu dikeluarkan dari unit tersebut pada sekitar 5 petang.



Beliau menambah bahawa wanita itu, yang belum berkahwin, pernah berkata beliau dilahirkan pada 1943.



Seorang penduduk berusia 70 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Hong berkata wanita itu tinggal di situ selama 40 tahun dan semua orang mengenalnya dengan baik.



Para penduduk lain memberitahu akhbar Shin Min bahawa wanita itu pernah tinggal bersama kakaknya sehingga beliau meninggal dunia.



Menurut mereka, anak sedara wanita itu tidak pernah melawat.



Polis berkata mereka tidak mengesyaki kematian wanita itu adalah perbuatan khianat. Siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >