Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Media turut 'sertai' operasi antidadah CNB, 99 ditangkap

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



BIARPUN cuaca hujan pada malam tersebut, ia tidak menghambat ketangkasan sekumpulan pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) menjalankan operasi membanteras dadah di sini Rabu lalu.



Pihak media, termasuk Berita Harian (BH), berpeluang 'menyertai' operasi itu yang dijalankan di kawasan Geylang lewat malam Rabu.



Ia sebahagian daripada operasi membasmi dadah seluruh negara yang dijalankan dari Ahad lalu hingga semalam.



Seramai 99 individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap dalam operasi lima hari itu.



Sekitar 570 gram ganja, 268 gram 'Ice', 46 gram heroin, 30 gram ketamine, 62 pil Ecstasy, 56 pil Erimin-5, 12 pil 'Yaba' dan beberapa methadone dan GHB (gamma-hydroxybutyrate) dirampas dalam operasi tersebut.



Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih $52,000.



Dalam operasi di Geylang Rabu lalu, pihak media dibawa ke beberapa lokasi termasuk kedai makan, apartmen sewa dan hotel.



Setibanya di tempat operasi pertama, iaitu sebuah kedai makan, BH menyaksikan bagaimana pegawai CNB menjalankan pemeriksaan dengan teliti ke atas sekumpulan individu.



Pegawai dilihat memeriksa barang peribadi individu tersebut selain menyoal siasat mereka.



Di akhir siasatan itu, empat individu yang disyaki menyalahguna dadah digari dan dibawa pergi.



Media turut dibawa ke satu lagi kedai makan, di mana BH melihat pegawai merampas beberapa barangan yang dimasukkan ke dalam beg plastik.



Satu beg plastik itu mengandungi pelbagai pil seperti Xanax, Disopan 2, and Valium (Diazepam).



Seterusnya, media dibawa ke sebuah apartmen sewa pula dan diarahkan ke sebuah unit - kelihatan seperti satu bilik kecil - di mana siasatan sedang dijalankan.



Dari koridor di luar unit tersebut, BH melihat ada dua individu yang digari dan sedang duduk di atas katil sementara pegawai memeriksa bilik mereka.



Menurut CNB, dua individu itu merupakan lelaki rakyat Singapura berusia 26 tahun dan lelaki rakyat Malaysia berusia 27 tahun yang ditangkap kerana disyaki mengambil dadah.



Pegawai menemui sekitar 2 gram heroin dan barangan seperti straw kosong yang telah dipotong dalam bilik mereka.



Tempat terakhir yang dikunjungi media bagi operasi pada malam tersebut ialah sebuah hotel.



Di situ pegawai mengetuk pintu beberapa bilik bagi menjalankan pemeriksaan mengejut.



Selain Geylang, operasi lima hari seluruh negara itu turut meliputi kawasan Ang Mo Kio, Balestier, Clementi, Toa Payoh dan Woodlands.



Operasi tersebut disokong Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Siasatan ke atas kegiatan dadah bagi semua individu yang ditangkap sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >