Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIMPOSIUM MENDAKI KEENAM

Mendaki beri penekanan lebih mendalam bagi kanak-kanak prasekolah, usaha galak belajar sepanjang hayat

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



ANALISIS data akan dimanfaatkan dengan lebih lanjut untuk membantu Yayasan Mendaki memperbaiki program yang dianjurkannya pada tahun-tahun akan datang.



Pada masa sama, badan tersebut akan memberi penekanan lebih mendalam terhadap kanak-kanak di peringkat prasekolah serta usaha menggalak pembelajaran sepanjang hayat.



Demikian menurut timbalan pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, ketika bertemu media di Simposium Mendaki keenam di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec semalam.



Beliau, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), ditanya tentang hala tuju Mendaki seterusnya sedang ia menyambut ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.



Untuk Mendaki kekal relevan pada masa akan datang, Encik Zaqy berkata amat penting badan bantu diri itu menyesuaikan diri dengan keperluan hari ini.



"Kita lihat operasi Mendaki pada mulanya hanya fokus di peringkat sekolah, pendidikan formal dan menyokong anak-anak Melayu.



"Kita lihat prestasi anak-anak kita telah lebih berkembang, lebih ramai lulusan universiti dan politeknik, tapi bagi kami yang lebih penting ialah kita meluaskan (apa yang disediakan) mengikuti keperluan hari ini, isu-isu hari ini," ujar beliau.



Oleh itu, lebih banyak program di peringkat prasekolah akan dijalankan kerana semakin banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tahun-tahun awal amat penting dalam pembangunan kanak-kanak, katanya.



Pada masa sama, lebih banyak usaha akan dijalankan Mendaki untuk menggalak pembelajaran sepanjang hayat.



"Dari segi ekonomi, kita mahu lihat pekerja-pekerja kita terus berkembang.



"Jika kita lihat pada peralihan dalam ekonomi - sektor-sektor pertumbuhan yang tak ramai orang Melayu, kita mahu melihat mereka mencapai prestasi yang baik di peringkat pekerjaan," ujarnya.



Encik Zaqy menambah bahawa menggunakan analisis data untuk melakar program-program yang dianjurkan Mendaki juga penting.



"Ini sesuatu yang baru kita bina di Mendaki, di mana kita menganalisis semua program kami untuk melihat keberkesanan serta cara memperhalusi lagi program-program kami," kata beliau.



Mendaki juga berkata ia menggunakan data untuk mengkaji semula strateginya merangka inisiatif pendidikan dan intervensi yang relevan untuk memperkasa masyarakat Melayu/Islam.



Bahakan menurut Encik Zaqy lagi, Mendaki turut berkongsi data yang dikumpul dengan badan Melayu/Islam lain "kerana ini bukan usaha Mendaki sahaja, tapi usaha semua dalam masyarakat kita".




"Kita lihat operasi Mendaki pada mulanya hanya fokus di peringkat sekolah, pendidikan formal dan menyokong anak-anak Melayu. Kita lihat prestasi anak-anak kita telah lebih berkembang, lebih ramai lulusan universiti dan politeknik, tapi bagi kami yang lebih penting ialah kita meluaskan (apa yang disediakan) mengikuti keperluan hari ini, isu-isu hari ini... Dari segi ekonomi, kita mahu lihat pekerja-pekerja kita terus berkembang. Jika kita lihat pada peralihan dalam ekonomi - sektor-sektor pertumbuhan yang tak ramai orang Melayu, kita mahu melihat mereka mencapai prestasi yang baik di peringkat pekerjaan."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga timbalan pengerusi Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >