Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki perluas jangkauan di sebalik pandemik

Zaqy: Masih mampu beri manfaat kepada lebih ramai pelajar walau hadapi cabaran dek Covid-19
Feb 06, 2022 | 05:30 AM



DI sebalik cabaran yang timbul akibat pandemik Covid-19 ini, antaranya pelaksanaan langkah pengurusan selamat, Yayasan Mendaki masih mampu memperluas jangkauan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki berkongsi bahawa sepanjang 2021, Mendaki melihat peningkatan yang baik dalam menjalankan program yang mereka tawarkan, seperti program Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Lebih 7,000 pelajar meraih manfaat daripada program MTS yang diadakan di sekitar 88 pusat MTS tahun lalu.



Menurut Encik Zaqy, walaupun jumlah ini lebih rendah berbanding 2020, mereka menyaksikan peningkatan dalam keseluruhan kehadiran pelajar yang telah meningkat daripada 69.3 peratus kepada 83 peratus.



"Ini perkara yang kami sangat prihatin kerana kadar kehadiran pelajar adalah salah satu perkara yang akan kami beri perhatian," kata Encik Zaqy ketika berkongsi tinjauan 2021 Mendaki kepada media semalam.



Dalam pada itu, beliau juga melahirkan harapan agar lebih ramai pelajar dapat mendaftar dan meraih manfaat daripada MTS tahun ini.



Ini lebih-lebih lagi dengan yuran MTS yang dikurangkan kepada $10 mulai tahun ini berbanding $210 sebelum ini.



Jumlah yang sangat rendah ini dicapai hasil semakan yang dijalankan ke atas proses pentadbiran MTS tahun lalu.



Semua pelajar yang mendaftar hanya perlu membayar jumlah baru itu, tidak kira sama ada mereka mengikuti dua atau tiga mata pelajaran yang ditawarkan MTS.



Menurut Encik Zaqy lagi, semakan harga yuran ini akan menjadikan tuisyen yang berkualiti dan berpatutan lebih mudah diakses oleh keluarga berpendapatan rendah.



"Kami mahu memperkemaskan yuran pendaftaran supaya setiap kanak-kanak diberi peluang untuk pendidikan dan tidak perlu risau tentang kemampuan," ujar beliau.



Mendaki tetap akan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang mempunyai kesukaran membayar yuran pendaftaran tersebut. Mereka boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui Penasihat Penjagaan Mendaki.



Sehubungan itu, Mendaki juga telah memperluaskan mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar MTS.



Pelajar daripada Darjah 3 hingga 6 kini boleh mengambil tiga mata pelajaran - Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai sebahagian daripada pakej tuisyen mereka.



Menurut Mendaki, "ini akan memastikan pelajar menerima sokongan akademik yang mencukupi dalam ketiga-tiga mata pelajaran utama ini".



Menerangkan, Encik Zaqy berkata: "Kami kini bergerak menuju ke sektor STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik), dan kekuatan dalam sains, matematik dan teknologi haruslah diperkukuhkan."



Sehingga kini, hampir 6,591 pelajar telah mendaftar dalam MTS di 87 pusat tahun ini.



Mendaki menjangkakan jumlah itu meningkat menerusi rujukan pelajar yang akan mereka terima. Dalam kalangan pelajar ini, lebih 2,600 telah mendaftar untuk mengikuti pelajaran menerusi pusat maya MTS, di mana pelajaran akan dijalankan melalui platform Zoom.



Pusat itu, yang dilancarkan hanya tahun ini, bertujuan mendekati mereka yang menghadapi cabaran menghadiri kelas-kelas fizikal atas sebab seperti wabak Covid-19 dan juga jadual ibu bapa yang tidak mengizinkan, kata Encik Zaqy.



"Ramai ibu bapa semasa pandemik ini sebenarnya telah mengambil minat yang lebih mendalam untuk meletakkan anak-anak mereka dalam kelas-kelas yang diadakan secara maya.



"Justeru, kita mungkin akan meneruskan usaha ini walaupun selepas pandemik ini kerana saya rasa ini adalah salah satu cara untuk kami mendekati lebih ramai pelajar," ujarnya lagi.



Laporan lanjut: Mendaki beri panduan kepada pelajar tuisyen kenal pasti laluan posmenengah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >