Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki tawar program latihan lanjutan bagi sukarelawan, fasilitator KelasMateMatika@CC

Mar 17, 2020 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan memperkenalkan sebuah program latihan lanjutan bagi membantu relawan dan fasilitator program KelasMateMatika@CC (KMM@CC) tingkatkan kemahiran mereka.



Mengumumkan demikian kelmarin, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata menerusi program latihan baru itu, kepakaran relawan dan fasilitator program itu akan diasah untuk mendekati kanak-kanak dan ibu bapa mereka.



"Bergerak ke hadapan, kami akan memperkenalkan modul baru dalam modul utama Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) (Mediated Learning Experience) serta Konsep Matematik Awal agar dapat mengembangkan kemahiran mereka di dalam dua bidang yang dikenal pasti.



"Pertama adalah pembangunan kemahiran hubungan sesama manusia supaya relawan kami dapat lebih memahami dan terlibat dengan keluarga para peserta, dan kedua, dengan kemahiran fasilitasi untuk sesi KMM yang lebih berkesan," kata Dr Faishal.



Dr Faishal yang membuat lawatan ke sesi latihan relawan dan fasilitator KMM@CC di Kelab Masyarakat Tampines West turut mendedahkan bahawa program tersebut telah membantu lebih dari 90 peratus murid prasekolah, yang menyertainya pada 2018 dan 2019, menguasai kemahiran asas celik angka.



Beliau juga menyeru agar lebih ramai anggota masyarakat dapat ke hadapan untuk menjadi pelatih relawan dan fasilitator.



Berkongsi harapan yang sama, seorang relawan KMM@CC, Encik Sharudin Hamin, 47 tahun, berkata, beliau dapat merasa kepuasan diri dengan menabur bakti kepada masyarakat.



Beliau yang bekerja sebagai penolong jurutera bersama SMRT Trains Pte Ltd dan mempunyai pengalaman lebih dari setahun sebagai relawan KMM@CC berkata:



"Kami boleh menjadi aset penting kepada masyarakat. Kami dapat memainkan peranan dan membantu menyampaikan kepentingan tentang sokongan intervensi awal untuk ibu bapa.



"Ia perkara yang sangat memuaskan apabila kami dapat mengubah cara pemikiran mereka selain menunjukkan kepada mereka betapa pentingnya memainkan peranan aktif dalam pembelajaran anak mereka terutamanya memupuk cinta kepada Matematik dari usia muda."



Sehingga hari ini, terdapat sekitar 50 sukarelawan yang telah dilatih sebagai jurulatih dan fasilitator KMM.




"Bergerak ke hadapan, kami akan memperkenalkan modul baru dalam modul utama Pengalaman Pembelajaran Perantara (MLE) (Mediated Learning Experience) serta Konsep Matematik Awal agar dapat mengembangkan kemahiran mereka di dalam dua bidang yang dikenal pasti.
- Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >