Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menggunakan nostalgia untuk mencegah demensia

Sep 25, 2023 | 05:31 AM



Tiga institusi setempat – Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas dan Muzium Nasional Singapura – telah melancarkan bengkel ‘Balik Kampung’ edisi khas yang mensasarkan warga emas.

Edisi bengkel ‘Balik Kampung’ ini bertujuan memberi panduan kepada warga tua tentang menjalani kehidupan dengan baik di usia senja, selain meningkatkan kesedaran mereka tentang penyakit demensia vaskular

Bengkel ‘Balik Kampung’ ini diadakan di Reunion, sebuah ruang di Muzium Nasional yang mesra warga tua.

Peserta bengkel pada Jumaat lalu (22 Sep) misalnya, dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang membangkitkan nostalgia seperti bermain permainan tradisional seperti chapteh dan batu seremban serta mendengar lagu-lagu lama.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, warga tua boleh mengenang dan mengingat kembali masa lalu mereka.

“Aktiviti yang paling saya suka adalah bermain chapteh, kerana lagi kecil, saya boleh menimbang hingga seratus kali. Kini, hanya 1 kali sahaja,” jawab Cik Mariam Fashehuddin, yang berusia dalam lingkungan 60an tahun, sambil tertawa semasa ditemui Berita Harian.

Selain itu, kerana bengkel ini diadakan buat pertama kalinya di Muzium Nasional Singapura, mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berpanduan di muzium.

Peserta dapat mereka pameran maya mereka sendiri di Memory Lane, di mana mereka boleh memilih daripada pelbagai persekitaran seperti rumah kampung dan menghiaskannya dengan artifak imbasan 2-D.

Mereka juga menyertai lawatan muzium berpanduan di salah satu galeri tetap muzium yang mendokumentasikan pembangunan Singapura selama ini.

Aktiviti-aktiviti tersebut membantu meningkatkan kesan bengkel bagi warga emas, mewujudkan persekitaran yang selesa untuk mengenang masa dan kenangan indah, dan mencetuskan perbualan tentang pengalaman peribadi mereka pada masa lalu.

“Bapa saya dulu jual roti. Beliau menggunakan bakul rotan. Saya suka melihat dan mengingat kembali kenangan saya dahulu,” kata Cik Mariam.

Beliau juga menggalakkan warga emas yang lain untuk turut serta dalam bengkel ini.

Bentuk rangsangan mental dan mengekalkan minda aktif boleh membantu mengurangkan risiko penurunan kognitif serta mengurangkan risiko demensia vaskular.

Menurut laman HealthHub, demensia vaskular merangkumi hampir separuh (45.5 peratus) daripada kes-kes demensia di Singapura.

Usaha HPB tertumpu kepada pendidikan bahawa risiko demensia vaskular boleh dikurangkan melalui tabiat gaya hidup sihat dan menyokong warga emas dengan penuaan sihat.

HPB juga ingin menekankan bahawa demensia bukan sebahagian daripada penuaan yang sihat.

“Tujuan ‘Balik Kampung’ adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai vaskular demensia, kerana kondisinya boleh dikurangkan melalui tabiat sihat,” kata Cik Ainul Abubakar, Pengurus Kanan Pendidikan Kesihatan Mental HPB.

“Edisi khas (bengkel ini) yang diadakan di Muzium Negara Singapura kerana persekitaran yang penuh nostalgia. Ini dapat menolong warga emas mengingat kembali dan menjadikan minda mereka lebih aktif,” tambah beliau.

Beliau juga menggalakkan warga emas yang ingin menghadiri bengkel-bengkel seperti ini untuk ke Pusat Aktiviti Warga Emas berdekatan rumah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >