Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat penuaan aktif bantu kesejahteraan warga emas

Sep 23, 2023 | 05:30 AM



Pasangan suami isteri warga emas, Cik Alijah Salleh, 78 tahun, dan Encik Ridwan Mohamed Salleh, 76 tahun, sebelum ini bergantung kepada senaman sendiri di rumah.

Tetapi, dengan adanya Pusat Penuaan Aktif (AAC) di sekitar kawasan perumahan, ia membolehkan warga emas seperti mereka untuk kekal aktif dan menjalani gaya hidup sihat di pusat itu.

Semasa berucap di Rapat Hari Kebangsaan (NDR), Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menyentuh tentang penubuhan sumber berharga seperti AAC, yang dikhaskan bagi membantu golongan itu. Encik Lee menambah bahawa beliau percaya rangkaian AAC di seluruh Singapura akan menjadi sumber yang berharga untuk warga emas kekal aktif dan sihat.

Pusat Penuaan Aktif seperti AWWA (AMK) membantu warga emas kekal aktif, membantu mereka meniti usia senja dengan baik. Pusat ini merupakan tempat yang telah membuat perubahan ketara dari segi kesihatan dalam kehidupan warga emas seperti Cik Alijah dan suaminya itu.

Di Pusat Penuaan Aktif AWWA (AMK), Cik Alijah dan Encik Ridwan mengambil bahagian dalam kegiatan sosial dan senaman fizikal. 

Pusat itu telah mengintegrasikan perkhidmatan sosial dan jagaan kesihatan. Ini termasuk kelas senaman secara berkumpulan, kelab berkebun serta pelbagai aktiviti lain yang menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental. 

Pasangan tersebut gemar ke pusat itu kerana ia terletak dekat dengan kawasan perumahan mereka, memudahkan mereka ulang-alik menyertai aktiviti yang tersedia.

Penglibatan mereka di pusat itu bermula apabila seorang bekas kakitangan AWWA yang menjadi sukarelawan di pusat itu melawat rumah mereka dan menggalakkan mereka menyertainya. Kini, sudah masuk dua tahun mereka aktif di pusat itu. 

Cik Alijah dan Encik Ridwan adalah peserta yang berdedikasi di Pusat Penuaan Aktif AWWA (AMK), hadir dua kali seminggu – setiap Isnin dan Khamis – untuk bersenam dan menyertai pelbagai aktiviti. Mereka datang ke pusat itu dengan berjalan kaki, menunjukkan komitmen mereka untuk menjalani gaya hidup aktif.

Sebelum tahu tentang pusat itu, Cik Alijah dan Encik Ridwan bergantung pada senaman di rumah, biasanya dengan bantuan cucu mereka. Bagaimanapun, pengalaman mereka di Pusat Penuaan Aktif AWWA (AMK) telah mengubah pendekatan mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Mereka mendapati mudah untuk berintegrasi ke dalam komuniti, sentiasa berada di barisan hadapan dalam aktiviti. Mereka menghargai bimbingan pengajar yang membolehkan mereka mengikuti latihan dan arahan walaupun pada kadar yang lebih perlahan.

“Bagi warga emas seperti saya dan pak cik yang mungkin tinggal bersendirian atau mempunyai anak yang tinggal jauh, pusat ini berfungsi sebagai sistem sokongan yang penting. Ia bukan sahaja menyediakan ruang untuk aktiviti fizikal tetapi juga menawarkan persahabatan dan rasa kemasyarakatan,” kata Cik Alijah.

Pasangan itu menekankan bahawa dengan hadir di pusat itu, ia memberi mereka tenaga dan peluang untuk bersosial, walaupun dalam kalangan warga emas yang mempunyai cabaran bahasa atau kemahiran komunikasi yang terhad. Pasangan itu berpeluang menjalin persahabatan baru di pusat itu, menekankan kepentingan hubungan sosial dalam kehidupan mereka.

Ini sejajar dengan ucapan Encik Lee di NDR bahawa AAC memberi golongan itu peluang untuk bersosial dengan rakan-rakan, menyertai aktiviti yang menyeronokkan dan memanfaatkan masa.

Walaupun pengalaman mereka di pusat itu sangat positif, pasangan itu melahirkan harapan melihat lebih ramai warga emas terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu/Islam menyertainya.

“Walau ada, tetapi jika dibandingkan dengan kaum lain, penyertaan kaum Melayu agak kecil. Ini mungkin disebabkan faktor seperti saiz masyarakat yang berbeza di lokasi berlainan,” ujar Cik Alijah.

Cik Alijah dan Encik Ridwan menggesa warga emas mempertimbangkan menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti di pusat penuaan aktif, walaupun hanya sejam, kerana ia sangat penting dan membantu dalam kesejahteraan hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >