Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HUJUNG MINGGU PANJANG

Peniaga buat persiapan sambut ramai pelanggan

F&B
Mar 30, 2021 | 05:30 AM



MENJELANG hujung minggu yang panjang ini, beberapa perniagaan menjangkakan terdapat peningkatan dalam jumlah pelanggan mereka.



Dengan adanya peningkatan ini, mereka berharap ia akan membolehkan mereka terus bertahan dan menebus kerugian mereka akibat wabak Covid-19.



Beberapa perniagaan makanan dan minuman serta tarikan tempatan yang dihubungi Berita Harian semalam berkata mereka ghariah menyambut pengunjung serta pelanggan mereka hujung minggu ini.



Namun begitu, terdapat beberapa persediaan untuk menyambut lonjakan dalam jumlah orang yang akan mengunjungi mereka.



Ketika keadaan Covid-19 semakin pulih di Singapura, pemilik LePak@Rayz di Bussorah Street, Encik Rahmad Basir, berkongsi perniagaannya juga semakin baik dengan lebih ramai dapat menjamu selera di restorannya.



Mengulas mengenai hujung minggu yang panjang ini, beliau berkata ramai telah melakukan tempahan seminggu lebih awal.



"Alhamdulillah buat sementara ini, kami sentiasa ditempah sepenuhnya setiap hujung minggu.



"Selain itu, kami masih mempunyai ruang terhad untuk pelanggan yang datang tanpa membuat tempahan atau walk-in.



"Namun begitu, kadangkala kami mempunyai masalah menolak tempahan atau pelanggan yang mempunyai lebih daripada kumpulan lapan orang," kata Encik Rahmad.



Menurutnya, dengan ruang di restorannya, beliau hanya dibenarkan mempunyai jumlah pelanggan terhad iaitu, tidak lebih 100 orang setiap hari.



Oleh itu, Encik Rahmad menjelaskan bahawa kakitangannya sering memaklumkan kepada pelanggan bahawa mereka perlu melakukan tempahan tempat sekiranya ingin menjamu selera di sana.



Tambahnya, dengan peningkatan dalam jumlah pelanggan hujung minggu ini, beliau menjangkakan terdapat peningkatan sekitar 15 hingga 20 peratus dalam pendapatan minggu ini.



"Walaupun perniagaan saya sekarang sedang pulih, saya rasa peningkatan ini, meskipun sedikit, amat baik.



"Ia akan banyak membantu kami menebus kehilangan kami semasa tempoh pemutus litar tahun lalu," kata Encik Rahmad.



Berkongsi pengalaman yang sama, pemilik Anna@108 Cafe, Cik Ratna Ahmad, beliau kini mempunyai sekurang-kurangnya lima tempahan bagi makanan tengah hari dan makan malam mulai Jumaat hingga Ahad minggu ini.



Menawarkan pelbagai makanan Mediterranean seperti nasi Arab mandhi, maqluba dan nasi beriani, ia menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera di sana.



Demi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggannya, Cik Ratna berkata beliau mematuhi Langkah Pengurusan Selamat (SMM) di kedainya.



Ini termasuk menugaskan kakitangannya untuk memastikan kumpulan pelanggan duduk berasingan dan tidak bergaulan antara mereka.



"Kadangkala terdapat keluarga besar yang lebih daripada lapan orang yang menjamu selera di sini.



"Kami masih menerima mereka tetapi pelanggan masih diasingkan kepada hanya lapan orang dalam satu kumpulan.



"Ketika menjamu selera di sini, pelanggan tidak boleh berjalan-jalan dan bergaul dengan kumpulan lain.



"Untuk memastikan tiada pergaulan antara meja yang berlainan, kakitangan saya sudah dimaklumkan untuk menegur pelanggan sekiranya demikian berlaku," jelas Cik Ratna sambil menambah beliau menjangkakan sebanyak 50 peningkatan dalam pendapatannya hujung minggu ini.



Selain daripada menjamu selera di tempat makanan di merata Singapura, ramai kini telah berubah menjadi pelancong tempatan di negeri sendiri.



Antara lokasi yang kini menjadi semakin popular di kalangan keluarga adalah untuk mengunjungi ladang atau kebun yang terdapat di sini.



Menurut Pengarah Perniagaan, ladang kambing, Hay Dairies, Encik Leon Hay, beliau sebenarnya telah melihat beberapa peningkatan dalam jumlah penungjung ketika musim cuti sekolah tahun lalu dan pada Mac tahun ini.



Ketika itu, Encik Hay berkata beliau telah menerapkan protokol untuk menjaga SMM di ladangnya yang menerima seramai 50 orang sehari pada hujung minggu.



Oleh kerana orang ramai dapat mengunjungi ladangnya secara percuma, beliau menjelaskan kemungkinan terdapat lebih ramai daripada jumlah tersebut hujung minggu ini.



"Selalunya kami mempunyai seorang Duta Jarak Selamat (SDA) untuk memastikan pengunjung menjaga undang-undang seperti menjaga jarak selamat atau menggunakan pelitup mereka.



"Tetapi kali ini, kami telah mendapatkan dua orang SDA supaya menjaga keselamatan pengunjung kami dengan lebih baik," kata Encik Hay.



Mempunyai pengalaman yang sama, Pengasas ladang Bollywood Veggies, Cik Ivy Singh berkata mereka juga telah mengalami peningkatan dalam jumlah pengunjung pada cuti sekolah Mac tahun ini.



Menjelang hujung minggu yang panjang, Cik Ivy yang juga dikenali sebagai, "Gentle Warrior" mengatakan bahawa beliau menjangkakan rumah penuh di Bollywood Veggies (BV).



Terutamanya di restoran kecilnya (bistro), Poison Ivy.



"Dengan keadaan Covid ketika ini, kita perlu mematuhi peraturan pemerintah untuk menjaga jarak selamat dan mengehadkan tempahan kepada lapan orang.



"Semua langkah berjaga-jaga telah dilaksanakan - daripada pengimbasan kad pengenalan dan pemeriksaan suhu di pintu masuk, pemisahan meja makan dengan penghalang yang dibuat daripada kayu kitar semula kepada kakitangan yang berwaspada yang memastikan tetamu kami tidak bergaul," ujarnya.




MASIH TERIMA PELANGGAN 'WALK-IN'



"Alhamdulillah buat sementara ini kami sentiasa ditempah sepenuhnya setiap hujung minggu.

Selain itu, kami masih mempunyai ruang terhad untuk pelanggan yang datang tanpa membuat tempahan atau walk-in.

Walaupun perniagaan saya sekarang sedang pulih, saya rasa peningkatan ini, meskipun sedikit, amat baik.

Ia akan banyak membantu kami menebus kehilangan kami semasa tempoh pemutus litar tahun lalu."

- Encik Rahmad Basir, pemilik LePak@Rayz di Bussorah Street.



PATUHI LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT



"Kadangkala terdapat keluarga besar yang lebih daripada lapan orang yang menjamu selera di sini.

Kami masih menerima mereka tetapi pelanggan masih diasingkan kepada hanya lapan orang dalam satu kumpulan...

Untuk memastikan tiada pergaulan antara meja yang berlainan, kakitangan saya sudah dimaklumkan untuk menegur pelanggan sekiranya demikian berlaku."

- Cik Ratna Ahmad, pemilik Anna@108 Cafe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >