Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri: Pihak penjara laksana tugas dengan baik, bantu pesalah kembali ke pangkal jalan

Jan 11, 2019 | 05:09 PM



PERKHIDMATAN Penjara Singapura (SPS) telah melaksanakan tugas yang baik dalam membantu pesalah guna dadah kembali ke pangkal jalan.



Kendatipun begitu, berdasarkan bukti-bukti yang telah dikaji dan disemak, lebih banyak boleh dilakukan bagi pemulihan para pesalah ini.



Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam semasa melawat Rumah Tumpangan Selarang hari ini.



Rumah tumpangan tersebut menyediakan sokongan pascapenjagaan berstruktur bagi para pesalah berisiko tinggi yang diletakkan di bawah Skim Jagaan Lanjut Mandatori (MAS).



“Pemulihan dan reintegrasi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami agar (para pesalah) tidak masuk semula ke dalam penjara.



“Banyak yang telah dilakukan dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan ini merupakan satu lagi langkah besar dalam proses tersebut,” ujar beliau.



Encik Shanmugam berkata demikian dalam ucapannya setelah menyentuh tentang pindaan kepada Akta Penyalahgunaan Dadah yang akan dibentangkan di Parlimen buat kali kedua lewat bulan ini.



Ucapannya itu diberikan sebelum beliau dibawa melihat di sekitar kawasan rumah tumpangan itu yang mula beroperasi di tapak barunya di Upper Changi Road North sejak November lalu.



Ia adalah sebahagian daripada Kompleks Taman Selarang yang lebih besar yang akan merangkumi Pusat Pemulihan Dadah (DRC), Pusat Pelepasan Kerja dan Pusat Penyeliaan Masyarakat.



Pembangunan bersepadu itu dijangka siap menjelang 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >