Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Merpati Road di MacPherson akan dijajar semula bagi pembangunan perumahan masa depan

Sep 11, 2023 | 02:40 PM



Jalan raya berdekatan stesen MRT Mattar sepanjang laluan MRT Downtown di MacPherson akan dijajarkan semula dan dilebarkan sebagai persediaan untuk pembangunan kediaman di kawasan itu.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menjemput tender pada 24 Ogos untuk projek menjajarkan Merpati Road.

Jalan raya itu kini merupakan sebatang jalan sehala yang mempunyai dua lorong dan menghubungkan Aljunied Road ke Mattar Road dan Circuit Road.

Apabila siap menjelang Disember 2026, Merpati Road akan menjadi jalan raya dua hala dan dua lorong yang bermakna terdapat dua lorong di setiap arah, menurut satu laporan The Straits Times.


Selaras dengan perubahan jalan raya itu, perhentian bas serta perhentian teksi di Pintu Masuk A stesen MRT Mattar akan dipindahkan dan diganti.

LTA berkata penjajaran semula itu diperlukan sebagai persiapan untuk pembangunan masa depan di kawasan tersebut.

Berdasarkan dokumen tender yang dilihat akhbar itu, Jalan Anggerek yang bersambung dengan Merpati Road berhampiran Aljunied Road juga akan dijajarkan semula. Ini bukan sebahagian daripada tender terbaru.

Buat masa ini, sebahagian daripada Jalan Anggerek melalui sebidang tanah kosong selepas beberapa hartanah berhalaman diperoleh sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan semula.

Tiga blok flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sepanjang Merpati Road juga akan dirobohkan dan pembangunan semula dijangka siap pada suku ketiga 2024.

Kawasan itu dizonkan sebagai penggunaan kediaman di bawah pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA). Apabila dihubungi, URA dan HDB tidak memberi sembarang butiran tentang rancangan untuk kawasan itu.

Menurut pelan induk URA, terdapat tiga bidang tanah di sekitar stesen MRT Mattar dan jalan raya yang terjejas.

Penganalisis hartanah berkata jika kawasan itu digunakan untuk membina Flat Bina Ikut Tempahan (BTO), ia mungkin diklasifikasikan sebagai flat Plus di bawah klasifikasi perumahan baru yang bermula pada separuh kedua 2024.

Berbanding flat Standard, flat Plus berada di lokasi lebih menarik dalam sebuah kawasan, seperti berdekatan stesen MRT atau pusat bandar. Unit Plus mempunyai syarat jualan lebih ketat dan tempoh penginapan minimum (MOP) selama 10 tahun, berbanding lima tahun bagi flat Standard.

Ketua pegawai penyelidikan bagi portal hartanah Mogul.Sg, Encik Nicholas Mak, percaya ada kemungkinan unit BTO baru akan dilancarkan di kawasan sama seperti flat Plus. Terdapat juga kemungkinan bahawa unit tersebut boleh diklasifikasikan sebagai flat Prime kerana ia berdekatan stesen MRT di kawasan tengah Singapura, katanya lagi.

Flat Prime terletak di lokasi paling tengah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >