Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesyuarat rasmi syarikat tidak boleh secara maya sepenuhnya mulai 1 Julai

Jun 30, 2023 | 05:17 PM



MULAI 1 Julai, syarikat di Singapura tidak boleh lagi mengadakan mesyuarat rasmi secara maya sepenuhnya seperti di bawah Perintah Mesyuarat Covid-19, umum Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Perintah Mesyuarat itu, yang diperkenal pada April 2020 semasa pandemik Covid-19, membolehkan syarikat, syarikat modal berubah-ubah (variable capital companies) dan amanah perniagaan mengadakan mesyuarat melalui cara elektronik.


Ini termasuk mesyuarat agung syarikat, mesyuarat bagi pemegang unit amanah perniagaan berdaftar atau mesyuarat agung pertubuhan berdaftar.

Notis awal mengenai pemberhentian mesyuarat secara maya telah diberi pada Disember 2022 untuk membolehkan syarikat menyambung semula pengaturan mesyuarat mengikut undang-undang bertulis atau instrumen pentadbiran mereka pada atau selepas 1 Julai, kata MinLaw.

Pindaan perundangan lain telah dibuat untuk membolehkan antara lain syarikat modal berubah-ubah, amanah perniagaan, unit amanah dan syarikat tidak disenaraikan dapat menjalankan mesyuarat agung mereka dalam talian sepenuhnya atau secara hibrid.

Bagaimanapun, syarikat tersenarai tidak akan dibenarkan mengadakan mesyuarat agung dalam talian sepenuhnya. Syarikat sedemikian mesti mengadakan mesyuarat fizikal atau hibrid.

Panduan terkini berkenaan hal itu boleh didapati di laman web MinLaw.

Perintah Mesyuarat itu diperkenal sebagai sebahagian daripada Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) 2020, untuk mengurangkan interaksi fizikal dan risiko penularan di tengah-tengah pandemik tersebut.

Ia sepatutnya dihentikan pada September 2020 tetapi dilanjutkan oleh MinLaw kerana keadaan pandemik pada masa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >