Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: PBB benarkan S’pura bawa masuk limo bagi Sidang Puncak Trump-Kim

Mar 15, 2019 | 06:30 PM



SINGAPURA diberikan pengecualian umum daripada sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara, sempena Sidang Puncak Trump-Kim yang berlangsung di sini pada Jun 2018.



Ini termasuk membenarkan rombongan Korea Utara membawa barangan mewah seperti kereta limousine Mercedes-Benz ke sini.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) memberita akhbar The Straits Times (ST) pada Jumaat (15 Mac) bahawa lawatan ke Singapura yang diadakan oleh pihak berkuasa pelabuhan dari Korea Utara adalah tindakan ‘susulan khusus’ bagi sidang puncak itu.



Ia juga tidak berperanan dalam tindakan Korea Utara menambah senjata nuklear.



 Kata MFA: “Dalam kededua kes, proses dan langkah yang sewajarnya telah dituruti, untuk memastikan tiada sekatan dilanggar.”



Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Encik Kim Jong Un bertemu buat julung-julung kali di sidang puncak bersejarah yang diadakan di Hotel Capella di Sentosa, Singapura pada Jun tahun lalu.



Encik Kim dibawa ke beberapa tempat di Singapura menggunakan konvoi kereta Mercedes-Benz yang dibawa pegawai Korea Utara ke Singapura bagi sidang puncak itu.



Mengikut sekatan yang dikenakan PBB ke atas Korea Utara sejak 2006, antara lain, menjual barang mewah  kepada negara itu adalah dilarang.



Sekatan itu dikenakan ke atas Korea Utara kerana ia enggan menuruti perintah PBB berkenaan program senjata dan peluru berpandu balistiknya.



Satu panel pakar PBB yang sedang menyiasat perbuatan yang melanggar sekatan ke atas Korea Utara itu berkata kereta Mercedes Benz yang digunakan semasa sidang puncak di Singapura itu mungkin telah diperoleh tanpa kebenaran oleh Korea Utara.



Tambahnya, Singapura juga telah melanggar terma sekatan itu.



Juga, anggota panel berkata Singapura, yang menerima kunjungan pegawai Korea Utara dari pelabuhan Nampo mungkin telah melanggar sekatan lagi.



Nampo ialah hab bagi kegiatan dilarang, termasuk pemunggahan ekport arang yang dilarang dan pemindahan bahan api yag tidak dibenarkan.



MFA telah memberi jawapannya dalam tempoh sebulan, pada 4 Disember, bagi menjawab pertanyaan panel itu.



MFA memberitahu The Straits Times:



“Berkenaan isu kenderaan Mercedes-Benz, Jawatankuasa Sekatan PBB telah memberikan pengecualian umum kepada Singapura bagi kegiatan yang berhubung sidang puncak itu.”



Menambah, MFA berkata, selepas sidang puncak itu, pemerintah Singapura memberikan Jawatankuasa itu butiran pegawai Korea Utara yang mengunjungi Singapura bagi sidang puncak dan butiran barangan yang dibawa mereka, termasuk kenderaan yang menjadi isu.



Berkenaan lawatan untuk belajar yang diadakan Korea Utara ke Singapura, MFA berkata ia adalah tindakan susulan khusus dan tidak berperanan dalam kegiatan menambah senjata nuklear Korea Utara.



Rombongan yang ke Singapura itu juga tidak melibatkan sebarang individu yang disenarai hitam, atau dilarang oleh PBB.



MFA berkata pemerintah Singapura telah memberitahu Jawatankuasa Sekatan PBB tentang kunjungan itu dan jawatakuasa itu telah memaklumkannya.



“Singapura menganggap serius amanah di bawah Majlis Penghuraian Keselamatan PBB (UNSCR) dan melaksanakannya dengan teliti dan sepenuhnya,” kata MFA.



“Singapura mempunyai undang-undang untuk melaksanakan UNSCR dan pihak berkuasa di sini akan mengambil tindakan tanpa ragu ke atas sebarang warga atau syarikat Singapura yang melanggarnya.”



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >