Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: Rajapaksa dibenar masuk ke SG, tiada suaka diberi

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri dari negaranya telah dibenarkan memasuki Singapura bagi satu lawatan privet.



Menjawab pertanyaan media, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Encik Rajapaksa tidak memohon bagi suaka, dan beliau juga tidak diberikan suaka.



Singapura umumnya tidak memberi kelulusan bagi permintaan suaka, kata kementerian itu.



Encik Rajapaksa tiba di Singapura dari Maldives malam semalam setelah melarikan diri dari negaranya di tengah-tengah bantahan antipemerintah dek krisis politik dan ekonomi yang melanda.



Beliau dikatakan akan menetap di sini buat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain, kata satu sumber pemerintah Sri Lanka kepada Reuters.



Laporan lanjut: Presiden Sri Lanka tiba di S'pura untuk ke destinasi lain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >