Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA: Artikel NikkeiAsia tindakan SG terhadap KTV mengandungi kepalsuan

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyangkal beberapa dakwaan yang dibuat dalam satu rencana oleh harian perniagaan, NikkeiAsia dan menyifatkan rencana itu sebagai dipenuhi maklumat tidak tepat.



Tuduhan bahawa kebanyakan pusat hiburan KTV di sini sebenarnya adalah tempat operasi pengubahan wang haram atau "pusat pelacuran haram yang diaturkan oleh kartel jenayah" adalah palsu, kata Pengarah Kanan, Kumpulan Operasi Bersama MHA, Encik Sam Tee, dalam responsnya kepada rencana itu semalam.



Encik Tee berkata wartawan yang menulis rencana itu, tidak menjelaskan bagaimana beliau mendapat kesimpulan itu.



Rencana tulisan wartawan Andy Wong yang bertajuk "Kegagalan institusi di sebalik penularan Covid-19 terkini Singapura", diterbitkan pada 23 Julai.



"Kami mempunyai undang-undang terhadap jenayah yang dirancang, pengubahan wang haram dan penyeludupan manusia. Singapura adalah antara tempat paling kurang kemungkinan di dunia untuk bertemu dengan sindiket jenayah dirancang mengendalikan operasi," ujar Encik Tee.



Pemerintah juga sedar ada pekerja seks yang melawat pusat KTV dan tempat lain untuk menarik pelanggan.



Pemerintah tidak dapat mencegah orang bertemu di tempat-tempat sedemikian.



Namun, Encik Tee menegaskan sebarang kegiatan seksual di premis itu akan melanggar syarat perlesenan.



Sebarang pelanggaran seumpama itu akan ditangani dengan tindakan penguatkuasaan seperti pengendali dihukum dan pesalah asing dihantar pulang.



Misalnya, dari 2018 hingga 2020, polis memeriksa hampir 3,000 cawangan kelab malam dan menangkap lebih 1,000 orang,



"Kami mengalu-alukan pelawat ke Singapura tetapi sedar ada yang mahu ke sini atas tujuan pelacuran. Ini tidak dibenarkan di bawah syarat kemasukan. Sedang kami mengambil semua usaha untuk menolak pelawat yang mencurigakan tiada cara yang pasti untuk menentukan hal ini secara terdahulu," tambah Encik Tee.



Kenyataan itu juga menyangkal dakwaan bahawa pusat hiburan KTV dibenarkan buka "tanpa sebarang penjelasan".



Encik Tee berkata, pemerintah telah menjelaskan di Parlimen pertimbangan dibuat dalam membenarkan beberapa pusat hiburan KTV dibuka semula, bukan sebagai KTV tetapi sebagai tempat makanan dan minuman (F&B) apabila kegiatan KTV disekat sejak Mac tahun lalu.



"Pemerintah juga membuat kenyataan awam untuk mengumumkan pembukaan semula mereka pada November 2020 (dengan syarat tertentu).



"Koresponden (Nikkei Asia) membuat kenyataan melulu, tanpa pemeriksaan asas," tambahnya.



Encik Tee menjelaskan penguatkuasaan berterusan telah dilakukan, berbeza dengan dakwaan Nikkei Asia bahawa pemerintah "lewat meningkatkan serbuan" .



Memberikan perangkaan, beliau berkata sejak Oktober 2020, polis menjalankan lebih 200 operasi di samping operasi oleh agensi lain.



Laporan Nikkei Asia juga mendakwa kategori "Teman Lelaki/Perempuan" telah dimansuhkan mendadak daripada Laluan Hubungan Keluarga, tanpa penjelasan.



Ini sedangkan polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sudah menjelaskan mengapa kategori masing-masing diperkenalkan dan dimansuhkan pada 16 Julai dan 20 Julai dan operasi penguatkuasaan diambil.



Encik Tee turut menjelaskan yang kelompok KTV bukan sebab mengapa pemerintah memperketat semula langkah jarak selamat pada 22 Julai, tetapi kerana penularan ke pasar makanan segar, yang berpotensi menyebabkan penularan lebih luas.



Mengakhiri kenyataannya Encik Tee berkata:



"Pendirian wartawan anda (Nikkei Asia) kelihatan menolak kegiatan seksual yang terlarang. Kami memuji jangkaan moralnya yang tinggi.



"Tetapi komennya mengenai dasar awam perlu berdasarkan fakta, bukan realiti yang dibayangkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >