Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA KHAS MHA

MHA lancar kempen lindungi diri dari ditipu

Xueling: Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa tipu, akibatnya buruk
Jan 19, 2023 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura mesti mengambil langkah aktif dalam usaha memerangi penipuan kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan akibatnya buruk.



Demikian kata Cik Sun Xueling, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), dalam seminar antipenipuan yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City semalam.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) melancarkan Kempen Penipuan Kebangsaan yang bertajuk "SCAMINAR! ACT against Scams" (bertindak memerangi penipuan).



"Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan. Ada di antara kita yang mungkin beranggapan bahawa penipuan hanya menjejas golongan tertentu sahaja, seperti warga emas.



"Ini tidak benar - semua orang terdedah kepada penipuan. Profil mangsa yang berbeza menjadi mangsa kepada pelbagai jenis penipuan," kata Cik Sun di edisi kedua kempen antipenipuan semalam.



Dianjurkan bersama oleh Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), MHA dan Pasukan Polis Singapura (SPF), acara itu juga bekerjasama dengan akhbar The Straits Times.



Acara itu dikendalikan secara hibrid, dengan sekitar 700 peserta dari agensi pemerintah, sektor privet, rakan masyarakat serta orang awam yang turut hadir secara fizikal.



Menekankan kebimbangan kes penipuan pekerjaan yang semakin meningkat di Singapura, Cik Sun mengetengahkan bahawa terdapat 3,573 kes pekerjaan yang dilaporkan pada enam bulan pertama tahun lalu yang mengalami kerugian sehingga $58.5 juta.



"Penipuan seperti ini pada umumnya melibatkan penipu yang menghubungi mangsa melalui aplikasi mesej seperti Telegram dan WhatsApp. Ataupun iklan dalam talian dan menarik mangsa dengan tawaran "komisen" yang menarik untuk tugas-tugas dalam talian yang agak mudah.



"Penipu kemudian akan memerlukan mangsa untuk membayar dahulu sebelum menerima komisen yang lebih tinggi," jelas Cik Sun.



"Saya menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran atau iklan sedemikian.



"Syarikat yang sah atau tawaran pekerjaan tidak akan meminta wang anda sebelum memulakan kerja," tambah beliau.



Pelancaran kempen itu juga menjalani dua perbincangan panel.



Panel pertama membincangkan peranan individu terhadap penipuan dan apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri.



Panel kedua pula membincangkan kesan penipuan dan bagaimana warga boleh bertindak untuk melindungi orang lain.



ACT dalam tajuk itu singkatan untuk Add (tambah), Check (semak) dan Tell (beritahu).



Tambahkan ciri-ciri keselamatan seperti aplikasi ScamShield ataupun pengesanan dua faktor untuk akaun peribadi.



Semak tanda-tanda penipuan yang berpotensi dengan mengajukan soalan, menyemak permintaan untuk maklumat peribadi serta pemindahan wang dan mengesahkan kesahihan penyenaraian dan semakan dalam talian. Ambil masa untuk berhenti sejenak dan periksa.



Beritahu pihak berkuasa dan pihak lain mengenai penipuan dengan melaporkan kepada bank, ScamShield, atau dengan memfailkan laporan polis secepat mungkin.



Beritahu orang lain tentang penipuan yang berterusan dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.



Ini adalah tiga langkah penting untuk melindungi diri daripada penipuan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >