Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA sangkal pos Richard Branson mengenai hukuman mati kerana mengedar dadah di S'pura, undang beliau berdebat dengan Shanmugam

Oct 23, 2022 | 03:57 PM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA), menyangkal catatan blog hartawan Britain Richard Branson yang mengkritik penggunaan hukuman mati untuk menghalang pengedaran dadah di Singapura.



MHA menjemputnya untuk berdebat secara langsung di televisyen dengan Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Menjawab catatan blog yang di tulis pada 10 Oktober, MHA berkata Encik Branson telah membuat kenyataan tidak benar mengenai Encik Nagaentran K. Dharmalingam, seorang warga Malaysia, yang dihukum gantung pada April kerana mengedar dadah. 



Kementerian itu berkata Encik Branson juga membuat dakwaan palsu mengatakan hukuman yang dijatuhkan berat sebelah terhadap satu kaum dan layanan terhadap peguam bela.



Merujuk kepada cadangan untuk berdebat dalam siaran langsung di televisyen dia berkata, "Encik Branson boleh menggunakan platform ini untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura kesilapan kami dan mengapa Singapura harus menghapuskan undang-undang yang telah memastikan penduduk kita selamat daripada masalah penyalahgunaan dadah."



Ia menambah bahawa penerbangan dan penginapannya di Singapura akan dibayar.



Dalam catatan blog Encik Branson, beliau berkata Nagaentran mempunyai "kecacatan intelektual yang didokumentasikan dengan baik" dan telah digantung walaupun begitu.



Kementerian itu berkata pada hari Sabtu, “Kami telah menjelaskan beberapa kali bahawa ini adalah tidak benar. Mahkamah Singapura memutuskan bahawa Nagaentran tahu apa yang dia lakukan dan bahawa dia tidak cacat dari segi intelek.



“Encik Branson juga mencadangkan bahawa Singapura telah melanggar komitmen antarabangsa kami untuk melindungi orang kurang upaya dengan melaksanakan hukuman mati ke atas Nagaenthran. Ini juga tidak benar, kerana Nagaentran tidak cacat dari segi intelek.”



Mengenai Encik Branson yang mempersoalkan pendekatan Singapura terhadap dadah, termasuk penggunaan hukuman mati ke atas mereka yang mengedar dadah dalam jumlah besar, kementerian itu berkata keutamaannya adalah untuk melindungi Singapura dan rakyat Singapura daripada ancaman dadah.



“Hukuman besar telah memberi kesan pencegahan yang jelas terhadap pengedar dadah di Singapura. Ia juga telah membantu menghalang sindiket dadah utama daripada bertapak di sini,” katanya.



Kementerian itu turut berkata, “Encik Branson berhak memberi pendapatnya. Pendapat ini mungkin dipegang secara meluas di UK (Britain), tetapi kami tidak menerima bahawa Encik Branson atau orang lain di Barat berhak untuk mengenakan nilai mereka kepada masyarakat lain. Kami juga tidak percaya bahawa negara yang menimbulkan dua peperangan di China pada abad ke-19 dalam memaksa orang Cina untuk menerima import candu mempunyai hak moral untuk memberi ceramah kepada orang Asia mengenai dadah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >