Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA tolak permohonan TOC batal arahan Pofma tentang dakwaan polis marah wanita

May 29, 2021 | 05:30 AM



PERMOHONAN The Online Citizen Aisa (TOC) untuk membatalkan arahan pembetulan yang diterimanya berkaitan video yang dimuatnaik dalam wadah taliannya ditolak Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam.



Video tersebut yang dimuatnaik pada 18 Mei mengandungi kepalsuan yang mendakwa pegawai polis telah memarahi wanita warga tua kerana tidak memakai pelitup muka, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Video tersebut pada awalnya telah dikongsi pengguna Instagram @nichology.



Pada 19 Mei lalu, pihak polis telah mengeluarkan keterangan mengenai insiden tersebut.



Rakaman dari video yang dipakai di tubuh pegawai polis turut dikeluarkan yang menunjukkan seorang pegawai polis membelikan paket makanan untuk wanita tersebut dari gerai berdekatan dan bukan memarahinya.



Pada 21 Mei, Encik Shanmugam mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan arahan kepada TOC, di mana mereka perlu mengeluarkan pos pembetulan di laman Facebooknya.



Arahan yang sama dikenakan kepada pengguna @nichology yang telah mematuhi arahan tersebut di Instagram.



Wadah dalam talian Singapore Uncensored juga telah memadamkan pos berkaitan video itu, namun tidak mengeluarkan sebarang keterangan.



TOC diminta mengeluarkan pos baru untuk menerangkan bahawa pos sebelum ini di laman Facebooknya mengandungi kenyataan fakta yang salah, disertakan dengan pautan kepada artikel di Factually yang mengandungi fakta sebenar, kata MHA.



"Syarat untuk mengeluarkan arahan pembetulan dipenuhi, dan permohonan itu tidak menyatakan alasan yang bertentangan," kata kementerian tersebut.



"Selepas mempertimbang dengan teliti permohonan itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri memutuskan untuk menolaknya," tambah MHA.



Menurut kementerian itu lagi, TOC telah diberitahu berkaitan permohonan mereka yang ditolak itu.



Ia menggesa anggota masyarakat awam supaya merujuk kepada artikel Factually untuk mendapatkan fakta sebenar tentang insiden tersebut di laman gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >