Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHPA: Vaksin penting, tentukan hal hidup dan mati bagi warga emas

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



MENDAPATKAN vaksin kini semakin penting dan boleh menentukan hal hidup dan mati bagi warga emas setempat dengan kes Covid-19 dalam masyarakat yang semakin meningkat, kata para pakar kesihatan.



Ini apatah lagi lebih banyak kelompok jangkitan dijangkakan di rumah-rumah jagaan warga tua ekoran kontak rapat dalam kalangan penghuni lanjut usia dengan kakitangan.



Melahirkan pandangannya, Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Norhisham Main berkata:



"Vaksinasi telah menunjukkan yang ia melindungi warga emas kita. Mereka yang divaksin mempunyai risiko lebih rendah dijangkiti.



"Jika mereka dijangkiti, penyakitnya lebih sederhana dan lazimnya, kurang serius."



Langkah ini semakin penting sedang usaha gigih dijalankan untuk menyekat penularan varian delta yang lebih mudah berjangkit, tambah Dr Norhisham, yang juga Pengarah Perubatan Paliatif dan Sokongan dan pakar geriatrik di Hospital Besar Ng Teng Fong.



"Kita boleh kurangkan risiko jangkitan ini dengan vaksinasi, ini bermakna kita boleh dilindungi walaupun terdedah kepadanya.



"Mereka yang jatuh sakit kerana Covid-19 walaupun divaksin, akan mengalami penyakit lebih sederhana dan mungkin boleh pulih di rumah...ini sekaligus akan membolehkan sistem jagaan kesihatan kita terus memberi jagaan optimum kepada pesakit Covid-19 mahupun bukan Covid-19."



Bersetuju, Naib Presiden MHPA, yang juga pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Pakar Pacific Healthcare, Dr Nurhidayati Mohamed Suphan berkata vaksinasi dapat membantu mengurangkan risiko penyakit teruk dan kemungkinan kematian, khususnya dalam kalangan warga tua.



"Varian delta juga amat mudah berjangkit. Justeru, selain daripada vaksinasi, kita harus terus memakai pelitup dengan betul, mengamalkan jarak selamat, kebersihan dan berjumpa dengan doktor keluarga jika jatuh sakit serta melakukan ujian pantas antigen (ART) dengan betul jika melakukannya sendiri."



Dr Nurhidayati turut tidak menolak kemungkinan bertambahnya kes di rumah jagaan warga tua.



"Mereka yang menetap di rumah-rumah jagaan ini lazimnya lebih berumur dan terimunokompromi, dengan pelbagai penyakit.



"Bila ini berlaku, kunjungan juga akan dikurangkan dan ini menyedihkan bagi warga emas kita yang ghairah bertemu dengan anggota keluarga sekerap mungkin," ujar beliau.



Konsultan kanan penyakit berjangkit di Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor Dale Fisher menggesa ahli keluarga warga emas yang belum divaksin dan tinggal di rumah jagaan supaya mendapatkan mereka divaksin secepat mungkin kerana berdepan dengan risiko lebih tinggi bagi penyakit lebih teruk jika dijangkiti.



"Mereka yang mempunyai pelbagai penyakit dan tidak divaksin seharusnya mendapatkan dua dos dalam masa sebulan ini, dan mereka yang sudah divaksin patut memilih suntikan penggalak,'' terang beliau kepada akhbar The Straits Times.



Langkah berjaga-jaga telah dipertingkatkan di rumah jagaan warga emas setelah lebih 100 kes dikesan dalam kalangan kakitangan dan penghuni di rumah jagaan sejak seminggu lalu.



Awal bulan ini, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa semua kunjungan ke rumah jagaan akan digantung sehingga 11 Oktober bagi mengurangkan risiko jangkitan.



Seorang jurucakap Rumah Penjagaan Jamiyah, yang melaporkan 15 kes, berkata premisnya di West Coast Drive sudah menjalani beberapa pusingan pembersihan terperinci manakala kakitangan mengenakan peralatan perlindungan peribadi.



Jurucakap bagi Rumah Jagaan Windsor telah bekerja rapat dengan MOH dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bagi menguji penduduk dan kakitangan untuk mengesan Covid-19.




KES COVID-19 DI RUMAH JAGAAN WARGA EMAS



  • Woodlands Care Home

    - 12 kes jangkitan, 11 merupakan penghuni

  • Windsor Convalescent Home

    - 18 kes jangkitan, 17 merupakan penghuni

  • Rumah Penjagaan Jamiyah

    - 15 kes jangkitan, 12 adalah penghuni

  • All Saints Home di Jurong East

    - 15 kes jangkitan, 11 adalah penghuni

  • Orange Valley di Simei

    - 18 kes jangkitan, kesemuanya penduduk

  • (maklumat sehingga 20 September)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >