Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Miliki rangka pelan digital cetak senjata api secara 3D kini dilarang

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



MEMILIKI rangka pelan digital untuk mencetak senjata api atau bahagian utama senjata api secara 3D kini dilarang di bawah undang-undang yang diluluskan semalam.



Denda maksimum yang dikenakan terhadap kegiatan tidak berlesen melibatkan senjata api dan bahan letupan juga kini meningkat kepada $50,000 bagi individu dan $100,000 bagi badan-badan.



Ini setelah Rang Undang-Undang Kawalan Senjata Api, Bahan Letupan dan Senjata diluluskan di Parlimen semalam.



Menggulung perbahasan rang itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Encik Desmond Tan berkata di bawah undang-undang sedia ada, seseorang yang menghasilkan secara haram senjata api menggunakan pencetak 3D telah melakukan sekurang-kurangnya dua kesalahan.



Ini berkaitan kesalahan menghasilkan senjata api tanpa lesen dan pemilikan senjata api yang terlarang.



"Rang undang-undang ini tidak akan mengubah pendirian asas ini. Apa yang dilakukan rang ini adalah untuk menangani fenomena baru yang menjadikannya semakin mudah untuk sesiapa mencari reka bentuk dan cara membuat senjata api dan menggunakan teknologi yang kian boleh diakses," kata Encik Tan.



Undang-undang yang diluluskan itu meningkatkan denda maksimum untuk aktiviti yang tidak berlesen dan melibatkan senjata api dan bahan letupan daripada $10,000 kepada $50,000 bagi individu dan $100,000 untuk entiti.



Ini akan menjadikannya setimpal dengan denda bagi kesalahan yang melibatkan bahan yang boleh dijadikan bahan letupan kerana tahap bahaya yang setanding.



Bahan yang boleh dijadikan letupan termasuk bahan kimia.



Bagi kesalahan yang berkaitan dengan senjata terlarang, denda yang lebih tinggi sehingga $100,000 untuk individu dan $200,000 untuk entiti dikenakan, kerana ini sangat berbahaya disebabkan reka bentuk atau pembinaannya.



Undang-undang itu juga mengatasi ancaman dron yang dipasang dengan senjata api, bahan letupan atau senjata lain. Seseorang yang mengawal kenderaan dengan barangan sedemikian, meskipun dari jauh, akan dianggap seperti memilikinya.



Selain Encik Tan, seramai 11 AP menyertai perbahasan tentang undang-undang itu, dengan AP rata-rata menyokong langkah memperketat kawalan tersebut.



Antara lain, AP menyebut tentang potensi besar yang timbul daripada teknologi canggih pencetakan 3D tetapi akur tentang keperluan untuk berhati-hati dengan ancaman yang timbul daripada teknologi tersebut.



Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) menarik perhatian pencetakan 3D berupaya membolehkan apa sahaja produk untuk dihasilkan di mana sahaja di dunia.



"Sebagai seorang yang teruja dengan manfaat daripada pencetakan 3D, saya faham kita tidak mahu menyekat kreativiti dan inovasi, serta terlalu mengawal pencetakan 3D.



"Tetapi bagaimanakah kita mengekalkan tujuan undang-undang ini dan mencegah penggunaan senjata yang terlarang di negara kita?" kata Encik Sharael.



Memberi respons, Encik Tan berkata anggota keluarga juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian kepada pihak berkuasa tentang individu yang mungkin merancang untuk mencetak senjata api secara terlarang.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pula menimbulkan keprihatinan tentang ancaman keganasan, termasuk oleh individu yang mungkin terjejas dengan tekanan keluarga.



"Keadaan dunia kita yang dibelenggu oleh wabak Covid-19 dan kelembapan ekonomi, akan membuat lebih ramai orang rasa tertekan dan ini mungkin membawa kepada perselisihan atau keganasan rumahtangga.



"..Kita perlu terus memberi perlindungan untuk golongan yang lebih memerlukan dan tidak membiarkan sebarang senjata berbahaya yang dapat diperalatkan untuk mencetus keganasan dalam masyarakat kita," ujar Encik Zhulkarnain.



Bersetuju, Encik Tan berkata usaha mencegah pengganasan menggunakan senjata api dan bahan letupan, hanya satu aspek, dan terdapat undang-undang lain yang mengatasi ancaman pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >