Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Miliki rumah sendiri setelah 4 tahun tinggal flat sewa

Sep 03, 2022 | 05:30 AM



HANYA dalam masa empat tahun, pasangan Cik Nurul Nabilah Rosman dan suaminya, Encik Muhammad Nizam Abdul Karim, berjaya memiliki flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) setelah tinggal di rumah sewa kecil.



Meskipun berdepan masalah kekurangan dana Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan gaji bulanan yang tidak mencukupi untuk membeli flat empat bilik, pasangan muda ini membuktikan, apa jua yang diingini mampu diraih dengan usaha, semangat dan dedikasi penuh.



Menerusi perkahwinan dengan Encik Muhammad Nizam, 28 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lima tahun dengan sembilan bulan.



Jun lalu, pasangan itu mengambil kunci flat pertama mereka setelah menemui kakitangan Unit Bimbingan Pemilikan Rumah (HST).



Sejak 2019, HDB menubuhkan pasukan HST yang menyediakan sokongan lebih peribadi kepada penyewa rumah sewa, terutama sekali keluarga yang punya anak dan sudah bersedia membeli flat sendiri.



Bermula dengan bimbingan kewangan dan kemampuan sehingga ke saat pembeli mengambil kunci rumah, setiap langkah yang diambil akan disokong oleh HST.



Baru-baru ini, keluarga mereka menerima kunjungan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal berkongsi kisah perjalanan pasangan yang sebelum ini tinggal di rumah bersaiz studio di Facebook.



Mereka kemudian berpindah ke flat dua bilik di Tampines Street 86 dua tahun kemudian, dan kini memiliki rumah mereka sendiri di Punggol.



Cik Nabilah, 26 tahun, berkata:



"Saya tidak memegang jawatan tinggi yang membawa pulang gaji yang lumayan.



"Kerja saya hanya menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan di restoran tempat saya bekerja."



"Saya selalu ingatkan diri saya dan suami untuk sentiasa pandang ke depan dan jangan pernah sesekali berputus asa, walau apa jua dugaan ke cabaran yang hadir, kita tempuh sama-sama, sebab saya percaya rezeki ada, hanya perlu usaha.



"Kami mula dengan sewa rumah tiada bilik, rumah studio.



"Waktu itu empat beranak tambah dengan kededua ibu bapa saya dan adik bongsu saya tinggal dengan kami.



"Jadi boleh bayangkan betapa sempit dan tidak selesa rumah pertama kami," tambah Cik Nabilah yang kemudian membuat keputusan memohon rumah sewa lebih besar...



"Dua tahun lepas itu kami cuba nasib untuk tanya pada HDB jika kami berkelayakan untuk memiliki rumah, sebab sudah empat tahun kami bekerja keras untuk mengumpul CPF kami.



"Saya ingat lagi pada detik itu saya sarat mengandung anak bongsu, sebab saya berkeras mahukan rumah sendiri. Saya masih bekerja setiap hari, bahkan saya bekerja sehingga sehari sebelum saya melahirkan," singkapnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >