Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mindef pergiat usaha perkukuh daya ketahanan siber

Sep 17, 2021 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) kini mempergiat usaha untuk memperkukuh daya ketahanan siber dengan melatih pakarnya terhadap kaedah yang digunakan penggodam.

Ini akan dilakukan menerusi kerjasama Mindef dan Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) dalam beberapa bidang termasuk penyelidikan dan teknologi, model ancaman, latihan, serta pembangunan pakar, kata Mindef semalam.

Kededua pihak itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi keselamatan teknologi operasi infrastruktur kritikal semalam.

Kerjasama itu dimeterai di tengah-tengah ancaman serangan siber terhadap infrastruktur penting seperti talian paip bahan api dan rangkaian kuasa, kata Mindef.

Kejadian sedemikian menunjukkan ancaman siber semakin canggih yang dihadapi negara-negara, bukan sahaja dari segi teknologi maklumat (IT), bahkan teknologi operasi (OT).

Usaha tersebut juga sebahagian daripada strategi Mindef untuk membangun keupayaan ketahanan siber dengan meningkatkan pelaburan dalam bidang ini serta kerjasama dengan akademia dan industri.

Bersambung di Muka 3

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3