Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

MinLaw usaha pertingkat prosiding undang-undang keluarga

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



DALAM bidang sistem pengadilan keluarga, Kementerian Undang-undang (MinLaw) sedang bekerjasama dengan rakan utama seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Mahkamah Keadilan Keluarga untuk menjadikan prosiding undang-undang keluarga lebih mudah dan lebih cekap.



Usaha ini bertujuan mengurangkan rasa sakit hati dalam prosiding keluarga, menggalakkan pemulihan dalam hubungan keluarga dan melindungi kebajikan anak-anak.



Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam adendum beliau pada Jumaat kepada ucapan Presiden Halimah Yacob sewaktu pembukaan Parlimen pada Isnin.



"Kami akan terus memperbaiki akses kepada khidmat undang-undang dan keadilan bagi semua warga Singapura," tambah Encik Shanmugam.



Beliau berkata mereka sedang bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk mempertingkat Rangka Kerja Pengurusan Pertikaian Masyarakat.



Beliau berkata mereka akan mewajibkan pengantaraan bagi jenis pertikaian tertentu antara jiran dan mempertingkat keberkesanan prosiding dalam Tribunal Huraian Pertikaian Masyarakat.



Mereka juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama seperti Pro Bono SG bagi inisiatif memperbaiki akses kepada keadilan.



Selain itu, Encik Shanmugam berkata Singapura perlu terus kekal terbuka kepada dunia dan mencari cara baru untuk kekal relevan dan mengekalkan kepercayaan, dengan melengkapi tenaga kerja undang-undang serta mempertingkat Singapura sebagai hab khidmat undang-undang dan Harta Intelektual (IP).



Dalam pada itu, Encik Shanmugam berkata kementerian akan terus memaksimumkan potensi dan mencungkil nilai hartanah negara, untuk memenuhi objektif ekonomi dan sosial Singapura.



Mereka akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan, pakar dan anggota awam seperti usaha memberi nafas baru kepada Gillman Barracks, Yarrow Gardens dan Dempsey supaya mendapatkan model perniagaan dan idea inovatif dan merealisasikan potensi nilai ruang dan tanah Singapura yang terhad, katanya. - NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >