Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minyak 92-octane, 95-octane turun bawah atau sekitar $3 seliter

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



HARGA pam minyak turun lima sen seliter sejak minggu lalu, dengan semua jenama minyak 92-octane dan satu jenama 95-octane susut di bawah $3 sehingga semalam.



Ini menyusuli penurunan lanjut harga minyak sedang kemungkinan sekatan terhadap bekalan Russia dijangka tidak berlaku.



Menurut aplikasi penjejak harga pam Fuel Kaki, sebuah inisiatif Persatuan Pengguna Singapura (Case), 92-octane kini berharga $2.96 di Caltex dan Esso, dan $2.95 di SPC. Gred ini, yang boleh digunakan kebanyakan kereta di sini, tidak ditawarkan Shell dan Sinopec.



Minyak 95-octane berharga $2.99 di SPC, $3 di Caltex, Esso dan Sinopec, dan $3.02 di Shell.



Minyak 98-octane berharga $3.47 di Esso, Sinopec dan SPC, dan $3.51 di Shell. Minyak gred 98 berharga $3.47 di Sinopec, $3.66 di Caltex dan $3.73 di Shell.



Diesel berharga $2.72 di Sinopec, $2.73 di Caltex, Esso dan SPC, dan $2.81 di Shell.



Harga banyak berbeza selepas diskaun, yang selalunya mempunyai kaitan dengan kad kredit. Bagi minyak 92-octane, Caltex menawarkan harga terendah, iaitu $2.40 seliter menggunakan kad OCBC Voyage.



Bagi 95-octane, tawaran terbaik $2.35 adalah di Sinopec (kad OCBC), walaupun pengendali itu hanya mempunyai tiga lokasi.



Dalam kalangan jenama yang mempunyai rangkaian besar, Caltex mempunyai harga terendah, iaitu $2.43 (kad OCBC Voyage).



Bagi 98-octane, tawaran terbaik $2.73 adalah di Sinopec (kad OCBC), diikuti $2.85 di Esso (kad DBS Esso).



Penanda aras minyak mentah Brent merosot ke kira-kira AS$104 ($141) setong sewaktu dagangan awal semalam, daripada AS$107 setong minggu lalu.



Namun pemerhati pasaran masih menjangka minyak kekal kukuh, dengan harga purata lebih tinggi ketara daripada tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >