Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Misteri lelaki meninggal dunia di rumah; cap jari tiada dalam pangkalan data

Jul 19, 2023 | 04:53 PM



Apabila seorang lelaki yang dikatakan bernama Abdul Rahman Majid meninggal dunia di rumah disebabkan penyakit arteri koronari pada Ogos 2022, polis mengambil cap jarinya untuk mengesahkan identitinya.

Anehnya, polis tidak dapat memadankan cap jari beliau dengan sesiapa pun yang tersenarai dalam pangkalan data Singapura.

Semasa siasatan koroner pada Selasa, pegawai siasatan (IO) Ng Yun Ning memberitahu Koroner Negara Adam Nakhoda anak lelaki itu terkejut apabila diberitahu bahawa nama bapanya bukan Abdul Rahman Majid, lapor The Straits Times.


Abdul Rahman Majid yang sebenar masih hidup dan tinggal di sebuah rumah kebajikan di Buangkok sejak 1994 dan menghidap penyakit kronik skizofrenia. Apabila polis menunjukkan gambar lelaki yang meninggalkan itu kepada Encik Abdul Rahman, beliau menggelengkan kepalanya.

Selepas mendapat panggilan daripada anak lelaki Allahyarham pada hari kematian, polis mengenal pasti beliau sebagai Abdul Rahman Majid berdasarkan sijil kelahiran anaknya. Namun, satu demi satu perkara aneh mula muncul.

Tiada passport atau kad pengenalan Allahyarham ditemui di rumahnya di Geylang Bahru.

Cap jarinya juga tidak dapat dipadankan dengan sesiapa yang ada dalam pangkalan data Malaysia atau Indonesia.

Siasatan polis menunjukkan Abdul Rahman Majid yang sebenar telah menerima rawatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan Hospital Tan Tock Seng. Namun, semua rekod itu dikaitkan dengan Abdul Rahman yang sebenarnya, bukan yang sudah meninggal dunia.

Tiada rekod kesihatan jelas yang boleh dikaitkan dengan arwah.

Namun, hasil ujian darah menunjukkan empat orang anak Allahyarham itu adalah anak kandungnya.

Anak arwah juga memberitahu IO Ng bahawa bapanya pernah menyuruh seorang tetamu mereka memanggilnya “Kassim”.

IO Ng juga mencuba berbual bersama isteri Allahyarham namun beliau menghidap skizofrenia dan hanya boleh menjawab dengan mengangguk atau menggelengkan kepala.

Koroner Negara Adam memberitahu IO Ng supaya menyiasat lebih lanjut, termasuk menyemak di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROM) bagi rekod perkahwinan Allahyarham.

Beliau memberitahu anak-anak Allahyarham bahawa beliau memahami mereka ingin mengetahui nama sebenar ayah mereka. Namun, ia mungkin tidak dapat diketahui kerana siasatan sebelum ini masih belum dapat menghasilkan sembarang petunjuk mengenai identiti Allahyarham.

Hasil siasatan lanjut akan dikemukakan pada lain masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >