Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MKAC agih komputer riba kepada pesakit ginjal

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



SEMASA Muhammad Ghazy Qays masih kecil, dia sering mengalami demam, dengan demamnya boleh berlarutan sehingga seminggu setiap kali. Ujian darah dan air kencing yang dijalankan hospital bagaimanapun kemudian mendapati bahawa kedua-dua ginjal Ghazy, yang kini seorang murid darjah satu berusia enam tahun, lemah dan dia mengalami penyakit kegagalan ginjal kronik, kongsi ibunya, Cik Nur Amallina Nasir.



"Saya tak terkata apa-apa ketika itu dan saya tidak tahu apa yang nak dijangkakan. Keluarga saya tidak ada seorang pun yang mengalami masalah kesihatan. Oleh itu, apabila saya dapat tahu tentang keadaan anak saya ini, saya rasa sedih," kata Cik Amallina, 33 tahun.



Mujur, Cik Amallina diperkenalkan kepada Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan kini menerima sokongan, termasuk bantuan kewangan dan juga sokongan emosi, daripada persatuan itu.



Semalam, Ghazy merupakan antara tujuh pelajar yang menerima hadiah komputer riba daripada persatuan itu hasil tajaan Far East Organization.



Keluarga pelajar turut manfaatkan komputer riba untuk tujuan kerja



SETIAP pelajar yang menerima komputer riba itu merupakan seorang pesakit ginjal atau mempunyai ibu atau bapa yang mengalami penyakit ginjal.



Acara pengagihan komputer riba itu telah diadakan di pejabat MKAC di Telok Kurau Road, semalam, dan dihadiri tetamu terhormat, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Turut hadir ialah presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali; setiausaha MKAC, Encik Mohamed Shah Reza Mohamed Anuar; dan Ketua Pusat Harmoni, Ustazah Liyana Rosli Asmara.



Cik Amallina berkata beliau amat menghargai sekali hadiah komputer riba yang diberikan kepada anak beliau itu kerana ia boleh digunakan bukan untuk persekolahan anaknya sahaja, namun juga bagi kerjanya.



"Alhamdulillah, komputer riba ini akan amat membantu sekali, terutamanya bagi kelas yang diadakan melalui Zoom. Di samping itu, baru-baru ini juga saya baru diberikan tugas pentadbiran bagi pekerjaan saya dan saya juga boleh gunakan komputer riba ini untuk tujuan kerja.



"Sebelum ini, saya biasanya perlu pinjam komputer riba abang saya apabila anak saya ada pembelajaran di rumah," kata beliau, yang bekerja di sebuah kedai roti dan kek.



Selain bantuan daripada MKAC, Cik Amallina juga merupakan seorang penerima zakat dan turut menerima sokongan daripada keluarganya.



Seorang lagi penerima hadiah komputer riba itu ialah pelajar Madrasah Aljunied, Ahmad Zhahir Mohd Shah, 16 tahun.



Bapanya mengalami penyakit ginjal sejak sekitar empat tahun lalu.



"Alhamdulillah, komputer riba ini satu lagi alat tambahan yang boleh saya gunakan untuk pembelajaran," kata beliau.



Memberikan ucapan di majlis itu, Mufti Dr Nazirudin berkata ilmu merupakan satu pelaburan di mana seseorang itu tidak akan pernah mengalami kerugian, sambil menekankan peri pentingnya mengejar ilmu di mana juga seseorang itu berada.



"Pembelajaran yang paling berkuasa berlaku dalam situasi yang tidak anda jangkakan. Ia mungkin sesuatu yang anda lihat, dengar dan perhatikan tetapi ia meninggalkan pengajaran yang berkesan.



"Cubalah mempunyai minda terbuka dalam pembelajaran. Pembelajaran adalah satu pelaburan yang anda tidak akan pernah alami kerugian, tidak kira sama ada anda belajar banyak atau sedikit, asalkan anda pelajari sesuatu," kata beliau.



Encik Ameerali dalam ucapannya pula berkata hadiah komputer riba itu sangat penting dalam zaman hari ini dan mengingatkan pelajar tersebut agar menggunakannya untuk menimba ilmu yang baik.



"Dalam zaman hari ini, komputer riba membuka jendela kepada dunia menerusi Internet, di mana kita boleh belajar dan menghargai pelbagai perkara. Juga, ilmu itu sendiri tidak bererti apa-apa. Tetapi jika anda menggunakan dan menerapkan ilmu yang dipelajari itu dalam kehidupan anda, ia akan membuat kelainan. Apa yang anda pelajari itu harus digunakan dalam kehidupan, dan ini akan memperkukuhkan lagi ilmu yang anda sudah pelajari itu," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >