Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MND, NParks dan URA umum pelantikan baru

May 12, 2023 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru, Cik Hwang Yu-Ning, yang akan mengambil alih daripada Encik Kenneth Er mulai 1 Jun 2023.



Encik Er pula bakal dilantik Timbalan Setiausaha (Perancangan) di Kementerian Pembangunan Negara (MND), menurut satu kenyataan bersama oleh MND, NParks dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis.



Cik Hwang kini merupakan Timbalan CEO dan Ketua Perancang URA.



Cik Adele Tan, yang kini Ketua Pegawai Perancangan Infrastruktur (Cipo) di MND, akan memegang jawatan serentak sebagai Timbalan CEO dan Ketua Perancang URA mulai 1 Jun 2023.



Menurut kenyataan tersebut, Encik Kenneth Er, yang menjadi CEO NParks sejak 2014, memainkan peranan penting dalam melahirkan visi Bandar dalam Alam Semula Jadi, salah satu daripada lima tonggak di bawah Pelan Hijau Singapura 2030.



Beliau juga mengetuai NParks dalam merealisasikan visi dengan memulihara dan meluaskan modal semula jadi Singapura di seluruh pulau.



Encik Er mendorong penubuhan Rangkaian Taman Semula Jadi untuk memberi lebih perlindungan kepada kawasan simpanan alam semula jadi sambil meningkatkan pilihan rekreasi untuk orang ramai.



Selain itu, Encik Er turut menerajui beberapa pencapaian dan projek utama untuk taman-taman Singapura, antaranya termasuk pengiktirafan Kebun Bunga Singapura sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).



Cik Hwang pula kini merupakan Timbalan CEO dan Ketua Perancang URA.



Beliau memimpin URA dalam Semakan Rancangan Jangka Panjang (LTPR) yang telah siap baru-baru ini, satu latihan nasional yang melakarkan penggunaan tanah dan strategi prasarana untuk membimbing pembangunan Singapura sebagai sebuah negara bandar yang mampan dan berdaya tahan dalam tempoh 50 tahun akan datang dan seterusnya.



Sebagai sebahagian daripada LTPR, URA juga memulakan latihan penglibatan awam sepanjang tahun yang melibatkan lebih 15,000 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.



Cik Hwang juga mengemudi semakan Draf Pelan Induk 2019, satu lagi inisiatif peringkat nasional yang menetapkan rancangan dan dasar terperinci untuk membimbing pembangunan padu prasarana fizikal dan sosial di seluruh Singapura lebih 10 hingga 15 tahun.



Cik Tan kini merupakan Ketua Pegawai Perancangan Infrastruktur MND.



Setelah memegang jawatan penting di MND, URA dan NParks, pengalamannya dalam perkhidmatan awam akan menyumbang secara positif kepada pelantikan barunya sebagai Timbalan CEO dan Ketua Perancang, kata MND.



Terutama sekali, dalam peranan terakhirnya sebagai Pengarah Kumpulan untuk Perancangan Strategik URA, beliau membimbing dan menguruskan LTPR serta menyelia kajian semula dasar perancangan tanah untuk mengoptimumkan tanah, memenuhi pelbagai keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar Singapura, serta menangani cabaran masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >