Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model Gaji Progresif industri pengurusan sisa mula Julai

Jun 16, 2023 | 05:28 PM



Model Gaji Progresif (PWM) bagi industri pengurusan sisa, yang diperkenalkan pada Januari 2022, akan berkuat kuasa mulai Julai 2023.

Sekitar 3,000 pekerja pengurusan sisa akan mempunyai gaji lebih tinggi, kemajuan kerjaya dan kemahiran, serta dibayar bonus mandatori setiap tahun di bawah PWM itu.

Sebagai contoh, gaji asas bulanan seorang pekerja kru dalam sektor pengumpulan sisa akan dinaikkan daripada $2,210 pada 2023 kepada $3,260 pada 2028 – purata peningkatan sebanyak 8.1 peratus setiap tahun.

Sementara itu, gaji asas bulanan seorang pekerja penyusun dalam sektor pemulihan bahan akan dinaikkan daripada $2,110 pada 2023 kepada $3,160 pada 2028 – purata peningkatan sebanyak 8.4 peratus setiap tahun.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, menjangkakan gaji untuk pekerja industri pengurusan sisa meningkat sebanyak 50 peratus secara kumulatif dalam tempoh enam tahun itu.

Beliau berkata demikian kepada pihak media pada acara penghargaan bagi pekerja industri pengurusan sisa yang diadakan di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair, di Jurong East, pada Khamis.

“Dengan pelaksanaan PWM untuk industri pengurusan sisa, sekitar sembilan daripada 10 pekerja berpendapatan rendah akan dilindungi oleh model itu.

“Pada 2022, gaji asas untuk pekerja berpendapatan rendah naik 4.7 peratus, berbanding gaji asas untuk pekerja berpendapatan sederhana yang naik 2.0 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa jurang gaji antara golongan berpendapatan yang berbeza berkurang secara beransur,” tambah Encik Zaqy.

Acara anjuran Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Pusat U Care Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu dihadiri kira-kira 50 pekerja pengurusan, yang menyaksikan mereka diberi taklimat tentang PWM tersebut.

Antara mereka ialah Encik K Ramesh, seorang pemandu yang bekerja untuk Impetus Conceptus Pte Ltd. Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu ialah mengumpul dan mencarik dokumen sulit.

“Tugas saya adalah untuk mengumpul dokumen sulit daripada syarikat lain dan membawa dokumen itu pulang ke syarikat saya di mana mereka akan dicarik,” kata Encik Ramesh, 52 tahun.

Beliau, yang sudah bekerja di Impetus Conceptus Pte Ltd selama setahun, sangat mengalu-alukan pelaksanaan PWM untuk industri pengurusan sisa kerana beliau mahu mempertingkatkan kemahirannya.

“Syarikat saya baru-baru ini mendaftar saya dalam kursus trak hooklift, dan saya harap saya akan dapat lebih banyak peluang menyertai kursus lain pada masa depan supaya saya boleh meningkatkan kemahiran saya,” tambahnya.


Di bawah tangga kemahiran PWM, pekerja perlu mengikuti jumlah modul latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) minimum di setiap peringkat untuk mara dalam kerjaya dan meraih gaji lebih tinggi.

Misalnya, seorang pekerja kru dalam sektor pengumpulan sisa dan seorang pekerja penyusun dalam sektor pemulihan bahan memerlukan minimum dua modul WSQ, manakala seorang pemandu atau ketua pasukan minimum tiga modul WSQ.

Seorang penyelia, kapten atau penyelia loji memerlukan minimum empat modul WSQ, jumlah modul terbanyak di bawah tangga kemahiran PWM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >