Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model Gaji Progresif sedang dibincangkan bagi pekerja pengurusan kemudahan, strata

Langkah itu boleh manfaatkan majikan dan pekerja dengan menawarkan tangga kerjaya dan gaji berstruktur
Oct 23, 2021 | 05:30 AM



GERAKAN buruh bersama dengan Kesatuan Pekerja Perusahaan Balak dan Binaan Bangunan (Batu) sedang berbincang dengan agensi pemerintah dan industri untuk melaksanakan Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja di dalam industri pengurusan kemudahan dan strata.



Langkah itu akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 pekerjaan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan sektor tersebut, kata Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Chee Hong Tat, semasa mengumumkannya semalam.



PWM merupakan skim yang boleh dilaksanakan majikan untuk menyediakan gaji, kerjaya dan pendapatan yang progresif bagi pekerja warga Singapura dan berdasarkan usaha mempertingkat kemahiran mereka.



Syarikat yang melaksanakan model PWM itu akan diberi tanda yang menunjukkan ia membayar pekerja mereka berdasarkan taraf gaji yang ditetapkan PWM itu.



Menurut Encik Chee, ini akan memanfaatkan kedua-dua pihak majikan dan pekerja dalam sektor berkenaan dengan menawarkan tangga kerjaya dan gaji berstruktur dan berdasarkan usaha mempertingkat kemahiran dan produktif.



Pada masa yang sama, ia akan dapat membolehkan syarikat pengurusan bangunan dan strata untuk menarik serta mengekalkan pekerja tempatan dengan mempertingkat kemahiran mereka, katanya dalam catatan di Facebook semalam.



"Ia juga menyediakan sebuah ruang yang adil dan baik bagi majikan di dalam sektor ini, kerana usaha mereka untuk bekerja dengan kesatuan dan membina asas pekerja Singapura yang boleh ditandakan menerusi Tanda Gaji Progresif apabila ingin mendapatkan tender bagi projek pemerintah," kata Encik Chee, yang juga Menteri Negara Kanan (Pengangkutan).



Antara contoh ialah syarikat pengurusan projek, PM Link, yang telah menghantar beberapa pekerjanya untuk menyertai kursus latihan teknologi Membina Model Maklumat Bangunan 4 Dimensi (4D BIM), yang dapat memudahkan cara mereka bekerja menerusi automasi.



Encik Chee, pada awal minggu ini telah menemui beberapa kakitangan anak syarikat CPG Corporation itu, yang sedang menjalani kursus tersebut dibiayai bersama Kumpulan Transformasi dan Latihan NTUC serta Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) di bawah satu peta jalan operasi dan teknologi lima tahun.



Jelas Encik Chee, 4D BIM adalah salah satu teknologi pemacu utama yang diiktiraf Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) untuk mengautomasi cara bekerja, mengurangkan kesilapan projek dan menaikkan kadar produktif.



Ia akan membolehkan pengurus projek berkomunikasi dengan lebih baik dengan pembina model BIM itu untuk mempertingkat atur cara bekerja menerusi satu bahasa yang sama oleh arkitek, jurutera dan penyelia di kawasan kerja.



CPG juga telah menubuhkan tiga Jawatankuasa Latihan Syarikat bersama Batu di bawah PM Link, Constructions Professionals Pte Ltd dan CPG Facilities Management.



"Kebanyakan pekerja di dalam sektor ini (pengurusan kemudahan dan strata) adalah pekerja PMET, termasuk pegawai hartanah, jurutera dan teknisyen," kata Encik Chee.



Beliau turut menggesa agar lebih banyak syarikat bekerjasama dengan kesatuan di sini dan menyediakan langkah seperti demikian.



"Visi kami bagi PWM melangkaui usaha mempertingkat gaji pekerja berpendapatan rendah. Ia juga termasuk menawarkan tangga kerjaya dan kemahiran yang berstruktur kepada lebih ramai pekerja di sini," katanya lagi.



Sehingga kini pekerja yang diliputi PWM ialah pekerja dari sektor pembersihan, keselamatan, pekerja penyenggaran landskap dan lif.



Dalam Rapat Umum Kebangsaan tahun ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa lebih banyak industri dijangka menyertai skim itu termasuk sektor runcit, perkhidmatan makanan dan pengurusan sampah.




"Kebanyakan pekerja di dalam sektor ini (pengurusan kemudahan dan strata) adalah pekerja PMET, termasuk pegawai hartanah, jurutera dan teknisyen.

Visi kami bagi PWM melangkaui usaha mempertingkat gaji pekerja berpendapatan rendah. Ia juga termasuk menawarkan tangga kerjaya dan kemahiran yang berstruktur kepada lebih ramai pekerja di sini."

- Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Chee Hong Tat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >