Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE bakal gabung 8 sekolah rendah, 10 sekolah menengah

Antara sebab kadar kelahiran dan pendaftaran pelajar yang semakin merosot
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan menggabungkan empat pasang sekolah rendah dan lima pasang sekolah menengah antara tahun depan dengan 2024.



Sekolah yang digabungkan ini telah dikenal pasti berdasarkan trend kemasukan pelajar, jarak sekolah yang akan digabungkan, kesesuaian sekolah yang akan bergabung serta keupayaan prasarana sekolah yang akan menerima kehadiran sekolah lain.



Ini telah diumumkan MOE dalam satu sidang media dalam talian semalam.



Menurut Cik Liew Wei Li, Timbalan Pengarah Agung Pendidikan (Sekolah) dan Pengarah Sekolah-Sekolah MOE, kadar kelahiran yang semakin merosot dan demografik yang semakin berubah di estet perumahan telah menyebabkan kemerosotan pendaftaran pelajar di beberapa sekolah, antara sebab gabungan sekolah perlu dilaksana.



Pada 1990-an, bilangan kelahiran secara purata ialah sekitar 46,000 tetapi dalam beberapa tahun lalu, bilangan itu telah merosot kepada 35,000.



"Namun pada masa yang sama, ada kawasan yang mengalami permintaan tinggi bagi tempat sekolah. MOE akan sering menyemak keperluan menggabungkan sekolah atau membina sekolah baru.



"Semakan ini akan memastikan bahawa para pelajar kita dapat menikmati pengalaman pendidikan bertenaga dengan pelbagai program pendidikan serta kegiatan kokurikulum," kata Cik Liew.



Beliau menambah pihak kementerian komited bekerjasama rapat dengan sekolah yang terjejas untuk memastikan peralihan yang licin bagi pelajar dan kakitangan selain memastikan proses itu menjalin identiti yang kukuh bagi sekolah yang bergabung.



Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa tiada kakitangan sekolah yang akan diberhentikan kerja akibat penggabungan ini.



"Seperti penggabungan sekolah lain sebelum ini, tiada kakitangan yang akan dibuang kerja," katanya.



Menurut MOE, kakitangan sekolah boleh dipindahkan ke sekolah yang digabungkan itu atau dihantar ke sekolah lain.



Selain itu, mereka boleh ditempatkan



di bidang lain dalam sistem pendidikan di mana mereka boleh terus memberikan sumbangan.



Sebahagian guru pula mungkin akan dihantar untuk mengajar di peringkat lain misalnya guru yang sebelum ini mengajar di sekolah menengah boleh dipindahkan ke sekolah rendah.



Dua sekolah rendah yang akan bergabung berada di Jurong West - Sekolah Rendah Juying dan Sekolah Rendah Pioneer - akan dipindahkan ke bandar baru - di kawasan Tengah menjelang 2025 bagi memenuhi permintaan di sana.



Ia juga akan merupakan sekolah rendah pertama di kawasan tersebut.



Di samping itu, Sekolah Menengah Woodlands Ring (WRSS) dan Sekolah Menengah Fuchun akan bergabung pada 2024 apabila kampus WRSS yang dipertingkat siap.



MOE telah mengumumkan pada Julai tahun lalu bahawa Program Pembinaan Semula dan Mempertingkat Sekolah Sedia Ada (PRIME) di WRSS terpaksa ditunda akibat Covid-19 dan akan hanya siap menjelang 2023.



Pihak kementerian juga menekankan bahawa mereka akan bekerjasama rapat dengan sekolah untuk memastikan proses berjalan lancar.



"Setiap penggabungan merupakan satu proses yang sukar bagi pelajar, alumni, kakitangan dan pemimpin sekolah.



"Kami di MOE akan komited bekerjasama dengan mereka untuk memastikan proses berjalan lancar agar mereka dapat melihat hasilnya iaitu sekolah yang lebih bertenaga dan kukuh," kata Cik Liew lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >