Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Bantuan yuran bagi pelajar poly, uni kurang mampu

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



PELAJAR diploma dan universiti daripada keluarga berpendapatan rendah yang layak mungkin hanya perlu membayar antara 5 peratus dengan 25 peratus daripada yuran pengajian bersubsidi selepas Kementerian Pendidikan (MOE) meningkatkan jumlah dermasiswa bagi tahun akademik 2023.



Bagaimanapun, jumlah dermasiswa kekal sama bagi mahasiswa dalam jurusan perubatan dan pergigian kerana mereka pada masa kini menerima jumlah dermasiswa pemerintah yang lebih tinggi, dek yuran pengajian mereka yang jauh lebih mahal.



Ini ditambah dengan bantuan kewangan besar oleh universiti di mana perlu, tambah kementerian itu.



Tambahan 4,500 pelajar dapat bantuan kewangan hasil semakan dermasiswa



Pelajar diploma sepenuh masa daripada keluarga berpendapatan rendah yang layak bagi tahap dermasiswa tertinggi boleh menjangka jumlah meliputi sekitar 95 peratus yuran bersubsidi mereka, kata kementerian itu dalam satu kenyataannya semalam.



Mahasiswa universiti sepenuh masa pula boleh menjangka dermasiswa bernilai sekitar 75 peratus yuran bersubsidi mereka.



Mulai tahun akademik 2023, jumlah Dermasiswa Masyarakat Pengajian Tinggi bagi penuntut diploma sepenuh masa akan meningkat daripada $2,750 kepada $2,950.



Ini tahap jumlah tertinggi bagi dermasiswa itu, dan kriteria kelayakan bagi jumlah tersebut ialah pendapatan isi rumah kasar bulanan (GHI) $3,000 dan ke bawah atau pendapatan per kapita (PCI) $750 dan ke bawah.



Bagi penuntut universiti sepenuh masa, jumlah dermasiswa itu ditambah daripada $6,200 kepada $6,300, dengan kriteria kelayakan pendapatan sama.



Dengan peningkatan jumlah dermasiswa itu, ia bermakna pelajar diploma yang menerima tahap jumlah tertinggi itu hanya perlu membayar sekitar $150 bagi satu tahun akademik.



Yuran bersubsidi bagi pelajar diploma sepenuh masa warga Singapura di kelima-lima politeknik bagi kemasukan tahun akademik 2023 ialah sekitar $3,000.



Bagi peringkat universiti, misalnya Universiti Nasional Singapura (NUS), yuran bersubsidi bagi semester satu dan dua tahun akademik 2022/2023 yang paling rendah ialah $8,250 bagi jurusan seperti perniagaan dan kejuruteraan.



Ini bermakna mahasiswa yang mendapat tahap dermasiswa tertinggi itu hanya perlu membayar yuran sekitar $2,000.



Yuran termahal di NUS ialah $30,200 bagi jurusan perubatan (tidak termasuk kejururawatan) dan pergigian.



Bagi Dermasiswa Pengajian Tinggi, jumlahnya akan meningkat daripada $1,900 kepada $2,000 bagi penuntut diploma sepenuh masa, manakala bagi mahasiswa ia ditambah daripada $3,200 kepada $3,250. Ini bagi pelajar daripada keluarga yang mempunyai GHI antara $4,401 dengan $7,500 atau PCI antara $1,101 dengan $1,875.



Perbezaan antara Dermasiswa Masyarakat Pengajian Tinggi dan Dermasiswa Pengajian Tinggi ialah kriteria kelayakan pendapatan bagi dermasiswa masyarakat adalah lebih rendah.



MOE berkata jumlah dermasiswa itu ditambah menyusuli semakan kriteria kelayakan pendapatan bagi skim bantuan kewangan kementerian itu dan kenaikan jumlah dermasiswa pemerintah bagi penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sepenuh masa yang diumumkan Oktober lalu.



"Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kemampuan pengajian tinggi bagi semua rakyat Singapura, dan memastikan setiap pelajar, tidak kira keadaan keluarga, dapat mencapai potensi penuh mereka dalam kehidupan," kata kementerian itu.



Sekitar 78,500 pelajar di institusi pendidikan posmenengah akan menerima bantuan kewangan bagi pengajian mereka dalam tahun akademik 2023 hasil peningkatan dalam jumlah dermasiswa itu dan juga kriteria kelayakan pendapatan yang disemak tahun lalu.



Ini berbanding 74,000 pelajar pada masa ini.



Sementara itu, jumlah Dermasiswa Pengajian Tinggi untuk penuntut diploma sambilan akan bertambah daripada $800 kepada $850, dan bagi pelajar ijazah sambilan pula naik daripada $2,500 kepada $2,550.



Jumlah dermasiswa tahunan untuk penuntut jurusan perubatan dan pergigian yang layak kekal sama, iaitu $20,200 bagi penuntut NUS dan $25,000 bagi penuntut Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Ini adalah tahap jumlah dermasiswa tertinggi, dengan kriteria kelayakannya ialah GHI $3,000 dan ke bawah atau PCI $750 dan ke bawah.



Dengan gabungan dermasiswa pemerintah dan bantuan universiti, MOE berkata seorang mahasiswa jurusan perubatan atau pergigian yang layak bagi tahap jumlah dermasiswa tertinggi hanya perlu membayar hingga $5,000 setahun bagi yuran pengajian pada tahun akademik 2023 - sama seperti tahun akademik 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >