Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

MOE, IHL perkukuh sokongan buat guru yang hadapi beban kerja berganda

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

MOE, IHL perkukuh sokongan buat guru yang hadapi beban kerja berganda

Nov 03, 2021 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOE) dan Institut Pendidikan Tinggi (IHL) terus mengukuhkan sokongan buat guru bagi memastikan kesejahteraan mereka di tengah-tengah tuntutan kerja luar biasa ekoran Covid-19.

Ini sedang beban kerja guru telah naik "lebih dua kali ganda" bagi memastikan sistem sekolah terus berjalan semasa pandemik ini.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab soalan oleh Encik Patrick Tay (SMC Pioneer) dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) tentang kesihatan mental dan kesejahteraan guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan walaupun dalam keadaan wabak kini.

Encik Chan berkata MOE menyediakan khidmat kaunseling percuma bagi menyokong kakitangan yang memerlukan bantuan.

Kakitangan MOE, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang merupakan pegawai awam juga boleh mengakses talian kaunseling seluruh pemerintah.

Kakitangan di universiti berautonomi pula mempunyai akses kepada khidmat kaunseling luar atau dalam.

Menurut Encik Chan, sebelum Covid-19 melanda, sekitar 50 kakitangan sekolah mendapatkan sokongan daripada kaunselor MOE setahun.

Bilangan tahunan itu naik ke sekitar 80 sejak tahun lalu.

Bilangan tenaga pengajar IHL yang mendapatkan sokongan kaunseling juga telah meningkat namun MOE "tidak mempunyai data lebih terperinci".

"Tenaga pengajar kita telah memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan pelajar kita dapat meneruskan pembelajaran dengan selamat semasa pandemik Covid-19 ini.

"Beban kerja tenaga pengajar telah meningkat kerana mereka bertanggungjawab memastikan pelajar dididik tentang dan mematuhi Langkah Pengurusan Selamat.

"Setiap kali kes yang disahkan dimaklumkan, kakitangan perlu menyusuli dengan penjejakan kontak dan komunikasi.

"Apabila pembelajaran dari rumah (HBL) diisytiharkan, tenaga pengajar juga perlu membuat aturan yang diperlukan, dengan sokongan tambahan untuk pelajar yang mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik kepada HBL," kata Encik Chan.

Menjawab soalan tambahan oleh Encik Tay tentang langkah tambahan yang boleh diambil MOE untuk mengurangkan tekanan "daripada pelbagai pihak berkepentingan" ke atas pendidik, Encik Chan berkata tempoh dua tahun kebelakangan amat mencabar ke atas guru.

"Tidak ramai di antara kita sedar bahawa untuk memastikan sistem sekolah kita terus berjalan, beban kerja guru telah meningkat lebih dua kali ganda," katanya dengan menambah ini termasuk meluangkan masa menyediakan lebih daripada dua set pelan pembelajaran bagi kelas secara bersemuka dan HBL.

Encik Chan berkata MOE telah membuat penyesuaian ke atas beberapa programnya bagi meringankan kerja guru, seperti memberi sekolah menengah dan maktab rendah pilihan menunda pembelajaran teradun ke tahun depan dan bukannya penggal ketiga tahun ini seperti yang dirancang.

Di peringkat sekolah, MOE menyeru pemimpin agar menyusun semula keutamaan bagi program sekolah, menetapkan jangkaan yang jelas bagi waktu kerja guru, dan menggalakkan penyelia untuk bertanya khabar pegawai mereka secara kerap.


"Tenaga pengajar kita telah memikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan pelajar kita dapat meneruskan pembelajaran dengan selamat semasa pandemik Covid-19 ini. Beban kerja tenaga pengajar telah meningkat kerana mereka bertanggungjawab memastikan pelajar dididik tentang dan mematuhi Langkah Pengurusan Selamat. Setiap kali kes yang disahkan dimaklumkan, kakitangan perlu menyusuli dengan penjejakan kontak dan komunikasi. Apabila pembelajaran dari rumah (HBL) diisytiharkan, tenaga pengajar juga perlu membuat aturan yang diperlukan, dengan sokongan tambahan untuk pelajar yang mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik kepada HBL."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3