Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE luas skim sekolah menengah pilihan untuk murid berbakat

Mar 07, 2017 | 05:36 PM



SKIM Kemasukan Langsung (DSA) yang akan diluaskan bakal menyaksikan lebih ramai pelajar yang berbakat dan cemerlang dalam pelajaran mereka meraih peluang untuk memasuki sekolah menengah yang dihajati.



Bermula tahun depan, semua sekolah menengah akan memperuntukkan sehingga 20 peratus tempat bagi program peringkat 'O' untuk pelajar yang memasuki menerusi skim DSA.



Skim ini, yang diperkenalkan sebagai langkah mengiktiraf pencapaian pelajar, antaranya dalam bidang sukan dan seni, menawarkan tempat untuk murid Darjah 6 di sekolah menengah pilihan sebelum mereka menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Menteri Pendidikan Ng Chee Meng berkata di Parlimen, semasa bahasa Belanjawan bagi kementeriannya hari ini: "Dengan peluasan ini, pelajar akan berupaya menyertai sekolah yang menawarkan program yang sesuai menerusi DSA, yang dapat membentuk, mempertingkat kebolehan, bakat dan minat mereka."



Menjelang tahun depan, pelajar yang memohon kemasukan ke sekolah menengah menerusi DSA tidak perlu menduduki ujian kebolehan am akademik.



Ujian sebegini kata Encik Ng, "secara tidak langsung memberi tekanan ke atas keupayaan akademik secara amnya, dan bukannya mengenalpasti kelebihan tertentu".



Sekolah boleh menggunakan pelbagai pendekatan dalam menilai pelajar, seperti temuduga dan sesi tunjuk bakat, bagi pengambilan menerusi DSA.



Pelajar boleh disertakan menerusi skim ini jika bakat tertentu mereka secocok dengan program khusus yang ditawarkan pihak sekolah, seperti sukan, kesenian dan punya kelebihan seperti matematik dan bahasa.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >