Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Pelaku perbuatan rasis di sekolah akan diberi kaunseling, tindakan disiplin

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR dan kakitangan yang mengalami insiden perkauman di sekolah harus segera melaporkannya kepada institusi masing-masing agar siasatan dapat dilakukan, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Individu yang terlibat dalam tindakan sedemikian akan diberi nasihat dan didisiplin, kata MOE lagi.



Kementerian itu berkata demikian untuk menjawab pertanyaan mengenai dakwaan kejadian perkauman baru-baru ini oleh anggota masyarakat minoriti di wadah media sosial seperti Instagram dan Facebook.



Antara kejadian yang didakwa berlaku termasuk pembulian perkauman oleh bekas rakan sekelas dan diskriminasi oleh guru.



Seorang jurucakap MOE berkata sebarang bentuk perkauman tidak boleh diterima dan tidak mempunyai tempat di sekolah setempat, lapor akhbar The Straits Times.



Beliau menambah bahawa kementerian itu juga meletakkan jangkaan kepada pendidik untuk memelihara kewibawaan dalam hal ini.



"Kami menjangkakan semua pendidik untuk bertindak dengan penuh wibawa dalam kerjaya mereka, memandangkan pengaruh mereka terhadap pelajar mereka, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin yang sesuai terhadap pesalah," kata jurucakap itu.



"Sekolah kami bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang menyokong dan selamat agar pelajar dan kakitangan, tidak kira bangsa dan agama mereka, boleh membina hubungan yang kuat dan positif, menyuarakan keprihatinan mereka, dan meminta pertolongan dari guru dan rakan sebaya mereka."



Kementerian itu berkata sekolah di sini menyediakan ruang bersama bagi pelajar untuk mempelajari nilai-nilai hormat dan harmoni, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama.



Kata jurucakap itu lagi: "Di dalam kelas, topik mengenai kepelbagaian budaya dan kepentingan keharmonian kaum diajarkan dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), sejarah dan pengajian sosial.



"Nilai-nilai ini diamalkan dan diperkukuh di luar darjah apabila pelajar saling berinteraksi antara satu sama lain semasa pengalaman pembangunan pelajar seperti CCA dan perkhemahan kohort."



MOE juga berkata guru diberikan sumber dan latihan untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan guru dan pelajar untuk memupuk hubungan yang kukuh.



Semua sekolah akan mempunyai struktur sokongan rakan pada akhir tahun ini, di mana pelajar dapat menyokong satu sama lain dan diajar untuk menyokong rakan mereka apabila perlu, kata kementerian itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >