Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH, CPFB perjelas kes pasangan yang hendak gunakan CPF suami bagi rawatan barah

Jul 12, 2019 | 07:41 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) telah mengeluarkan satu kenyataan bersama petang tadi (Jumaat, 12 Jul) mengenai permintaan Encik Suriia Das menggunakan wang CPFnya untuk membayar rawatan barah isteri beliau.



Kenyataan tersebut bertujuan memperjelas kes itu kerana terdapat beberapa maklumat mengelirukan yang telah disebarkan di dalam talian, menurut MOH-CPFB.



Dalam laporan beberapa laman web, isteri Encik Das, Cik Sarojini, dikatakan telah dipaksa mendapatkan rawatan di Pusat Barah Parkway (PCC) dan Hospital Mount Elizabeth - dan bukan Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana ia merupakan satu-satunya institusi perubatan yang memberi beliau harapan untuk terus hidup.



Bagi membantu isterinya itu, Encik Das memohon agar wang CPFnya digunakan untuk membiayai kos perubatan beliau.



Menurut MOH dan CPFB, Cik Sarojini, yang mengalami barah rahim telah memilih untuk menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth dan PCC sejak 2017.



PCC memberitahu beliau dan suami bahawa barahnya tidak boleh disembuhkan dan penyakitnya itu boleh membawa maut.



Cik Sarojini kemudian telah ke NUH pada 2018 untuk mendapatkan pendapat kedua.



Seperti PCC, pakar di NUH telah mendapati penyakitnya itu tidak dapat disembuhkan. NUH telah menawarkan beliau tarikh temu janji terbuka jika beliau mahu dirawat di NUH bagi penjagaan bersubsidi.



Namun, oleh kerana Cik Sarojini tetap memilih untuk menjalani rawatan di PCC yang merupakan institusi privet, beliau tidak diberikan subsidi pemerintah.



Pun begitu, beliau dilindungi oleh MediShield Hayat, yang telah membayar sekitar $60,000 bagi bil perubatan dan hospitalnya setakat ini.



Beliau juga mempunyai perlindungan tambahan di bawah Pelan Shield Bersepadu.



Bersama-sama MediShield Hayat, insurans perubatan telah membayar lebih $300,000 sehingga kini, iaitu hampir 90 peratus bil perubatannya di PCC dan Hospital Mount Elizabeth.



Cik Sarojini juga menerima $1,100 setiap bulan di bawah pelan ElderShield dan pelan tambahan ElderShield sejak Oktober 2017. Beliau telah menerima sekitar $23,000 setakat ini.



Beliau dan suami juga telah mengeluarkan sekitar $9,000 dari akaun MediSave mereka bagi rawatannya itu.



Pada 2017, Cik Sarojini memohon agar kesemua simpanan CPF dari Akaun Biasa dan Khasnya dikeluarkan.



Berdasarkan dapatan PCC yang mendapati beliau menghidap penyakit parah (terminally ill), permohonannya itu diluluskan.



Skim Perlindungan Rumah CPFB juga telah membayar $186,000 untuk melunaskan keseluruhan pinjaman rumahnya yang belum dijelaskan.



Secara keseluruhannya, akibat penyakit Cik Sarojini, skim di bawah CPF telah membayar sekitar $510,000 sejauh ini, sementara $34,000 telah dikeluarkan dari kedua-dua akaun Cik Sarojini dan Encik Das.



"Kami benar-benar berempati dengan kesusahan yang dihadapi pasangan tersebut. Kami telah melakukan semana mungkin untuk menyokong mereka melalui pelbagai skim sejak 2017," kata CPFB dan MOH dalam kenyataan itu.



Mereka menambah:



"Kami ingin tekankan sekali lagi bahawa penjagaan bersubsidi masih merupakan pilihan bagi keluarga itu. Jika mereka menghadapi kesusahan dengan bil perubatan di NUH, mereka boleh mendapatkan bantuan kewangan tambahan dari MediFund."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >